Sunday, July 4, 2010

Nasi Maqlubah & Khudar

Weekend baru ni saya agak terlebih rajin sikit untuk masak..
Dah lama sebenarnya tak masak, sebab dah lama tak balik Melaka..
Sepatutnya last week saya di KL saja, ada kenduri bertandang Farah Diyana di Keramat yang baru je kahwin minggu lepas..
Tapi apakan daya, husband kena standby pulak tak boleh tidak..
Sorry farah nanti kita jumpe ye.. Hugs

Ok, actually i've been surfing about Middle East food recipes for many times..
Cuma baru-baru ni baru ada kesempatan nak buat..
Kalau weekend baru mood nak masak dtg, sebab weekdays balik rumah mummy dah siapkan makanan pun..

Mulanya i was not very confident to try sebab takut tak jadi..
Tapi bukan nak angkat bakul sendiri, setakat ini apa yang saya try mesti jadi that's why saya beranikan diri untuk cuba..

Nasi Maqlubah adalah nasi yang popular di Jordan..
Maqlubah bererti 'diterbalikkan'..
Memang agak leceh sikit nak buat, but definitely worth because it tasted sooo good..

Nasi Maqlubah

Bahan-bahannya (untuk 5 orang)  :

Beras Basmathi (pakai beras biasa pun boleh cuma Basmathi lebih sedap)
Satu kilo ayam (saya pakai bahagian dada je potong sederhana)
5 biji kentang (saya pakai Australian Potatoes)
5 biji terung
Bunga kobis
2 sudu besar rempah beriyani
4 biji buah pelaga
4 kuntum bunga lawang
3 batang kayu manis
2 sudu teh garam
Bahan hiasan seperti kismis & gajus

Caranya :

1. Goreng ayam yang telah dilumurkan sedikit dengan serbuk kunyit dan garam, goreng sampai garing.

2. Goreng kentang sehingga agak garing, diikuti terung dan sayur kobis sehingga warna kekuningan.

3. Basuh beras seperti biasa, sukat air yang perlu untuk masak beras (mcm masak nasi biasa, nasihat saya lebihkan sedikit air supaya tak terlalu kering), asingkan air yang telah disukat tadi ke dalam bekas lain.

4. Asingkan  beras yang telah dibasuh tadi.

5. Campurkan air yang telah disukat untuk masak nasi tadi bersama rempah beriyani, buah pelaga, bunga lawang, kayu manis,garam,kismis & gajus.

6. Susun bahan-bahan yang telah digoreng tadi ke dalam periuk (i'm using rice cooker je). Susun kentang dahulu, diikuti terung, kobis dan seterusnya susun ayam goreng.

7. Taburkan beras yang telah dibasuh tadi ke dalam periuk, tabur rata-rata (periuk akan jadi penuh sikit)

8. Masukkan air yang telah dicampur dengan rempah tadi ke dalam periuk dan tanakkan atas api sehingga masak.

9. Bila tengah masak nanti satu rumah bau nasi ni harummm sgt. Bila dah masak, terbalikkan periuk ke atas dulang. (pakai pinggan pun boleh tapi make sure pinggan besar). Memang akan ada kentang dan terung melekat kat periuk tu, korek je jangan buang sayang. Siap dan sedia untuk dimakan.



maqlubah sebelum dimasak

maqlubah sebelum diterbalikkan

dah siap..saya deco dgn tomato sebagai penambah selera :)


Nasi Maqlubah ni boleh dimakan pelbagai cara..nak makan dgn ayam kari ke, masak merah ke..
Ikut sukalah.. tapi saya makan dengan Khudar..
Khudar adalah salah satu resepi yang berasaskan tomato..
Saya suka sebab bahan-bahannya sgtlah berkhasiat..sesuai untuk orang yang selalu je sakit mcm saya :D
Resepi saya dapat dari Mesra.net.


Khudar

 
Bahan-Bahan:

1 biji bawang besar atau 3 biji bawang kecil
2 ulas bawang putih
5 biji tomato masak yg lembik-lembik - diblender dengan air sehingga hancur.
4 biji kentang dipotong besar besar
4 batang carrot dipotong dadu (saya tak masuk pun sebab lupa beli)
2 sudu teh lada hitam
1/2 ekor ayam (bahagian dada) di goreng 5 minit
garam secukup rasa

Caranya :

1. Tumis bawang putih dan merah sehingga kekuningan

2. Masukan tomato yang telah diblender Biarkan mendidih seketika masukan kentang dan carrot setelah hampir empuk masukan ayam tutup periuk reneh seketika sehingga kentang betul betul empuk masukan lada hitam dan garam secukup rasa biarkan seketika tutup api.
3. Siap untuk dihidangkan.

Tambahan :
Masakan ini boleh dibuat tanpa menggunakan ayam atau daging.



khudar ketika masih di dlm periuk

Khudar sgt sedap dimakan dengan Nasi Maqlubah


Kami makan bersila je atas lantai sebab nak dptkan 'feel' mcm kat Arab..hehehe..
Saya buat lebih sebab nak bawak bekal ke ofis harini & untuk husband.
Cubalah.. sedap gila weh :8)





*Argentina dah kalah dah.. nak sokong german lah pulak. :D

21 comments:

Ezzah said...

wowww...tq the resepi! balik ni nak cubaaaaa! nampak mcm sng je nk buat. eheheh :)

CikChelsea said...

rajinnya!

definitely akan try bila roh rajin datang nt. nt cilok resepi dr cni..hehehehe

SurayaHarris said...

wah...pandainya masak faten..hantar sket kat sy nanti..
sama la.dah sokong german lak..ish li bedish~!

goblogbyfarah said...

sedap ke tu?nasi beriani abah lagi sedap!huhuu..



spain lah weyyyy!

JUE said...

K.jue tgh diet...x nk mkn nasi! (konon). Tapi baru start 2,3 hari jer. Tetiba nmpk nasi berkaler2 ni mmg selera! huhu...

TK said...

Wah rajinnya dia try recipe2 yg bg akak mencabar ni! I can imagine the smell of the spices..sedapnya..

Ye la Argentina dah kalah..Jom sokong German..or kita sokong Spain..

Lady of Leisure said...

wahhh makan masakkan middle east ni kene ada belly dancing ekekeke.. lady pun suka masakkan middle east ni.. tapi lum pernah cuba lagi.. tabik spring la kat faten nampak menyelerakan sungguh...

fatenton said...

ezah,
trylah takdelah susah mana..
tapi kena hati2 sukatan kena betul tau..

fatenton said...

chelsea,
rajin sekali kala aje malasnye yang byk :D

fatenton said...

suraya,
boleh je awk kena dtg rumah faten lah baru faten masak :D

fatenton said...

farahgoblog,
sedappppp..laki aku suke je..
spain tak bestlah..german best.

fatenton said...

kak jue,
samalah faten pub diet jugak ni..
tapi nasi makan jugak..klu tak makan rugi :D

fatenton said...

TK,
The smell was very good..i tergoda setiap masa spi tak sbr2 nak makan :D

germanlah TK :)

fatenton said...

lady,
mmg masa masak tu faten buat belly dancing pon..hohohohho :D

d.a.m.i.q.u.l.a said...

uih sedapnye makanan arab.dami memang gile ah makan mknn arab neh,sedap betul kamben nyam nyam.tapi arini pose pulak T_T

~~zaa~~ said...

wah!wah! ni buleh cuba ni..middle east pulak la lepas ni! :)





tenton!! spain ok!! hahahaha

h-huda said...

sungguh gempak nama resepi.cik huda nak buat nasik beriani pon pat belas kali asik refer resepi.haha.

TopsyTurvyMum said...

sedapnyaaaaa...
harus dicubak nanti!

fatenton said...

dami,
faten tau awk suke..sebab nampak awk post kat forum :D

fatenton said...

topsyturvymom,
cuba2..rugi kalau tak cuba sebab sedap :)

Cik E said...

nampak menarik...nak cuba la nanti