Sunday, July 11, 2010

mee goreng basah senang nak buat & donut FnF

Holla Amigas! :)

Mentang-mentanglah Spain menang..terus nak tukar language.

Weekend baru ni saya dah punya semangat nak masak Mee Bandung Muar..
Dah lama tak makan mee bandung..
Tapi akibat penangan bola sepak akibatnya dekat pukul 12 tghari baru bangun..
Perut dah lapar sgt-sgt, so lain kalilah ye mee bandung..
Menu simple untuk orang yang dah lapar (lagi-lagi pae) ialah mee goreng basah senang nak buat.


Bahan-bahannya:
Sebungkus mee kuning
1 biji bawang besar - dimayang
3 biji bawang putih - dimayang
1 sudu besar cili giling (boleh tambah kalau nak pedas)
Isi ayam - potong kecik-kecik
1/2 sudu besar kicap pekat
3 sudu besar sos tomato
1/2 sudu besar sos tiram
3 cawan air
Sebiji telur
Sawi
Carrot
Gula
Daun sup & tauhu goreng untuk hiasan


Cara-caranya :

1. Panaskan minyak,  tumis bawang besar dan bawang putih

2. Masukkan cili giling, tumis sampai naik bau. Masukkan ayam tumis sampai garing.

3. Masukkan sos tomato, sos tiram, kicap pekat.

4. Masukkan air kemudian biarkan bahan2 tadi sehingga masak.

5. Kemudian masukkan secubit gula dan masukkan mee, tunggu sekejap akhir sekali masukkan carrot & sawi.  Kacau hingga sebati dan pecahkan telur jangan gaul sekali biar telur masak sedikit kemudian sedia untuk dihidangkan. Boleh makan untuk 4 orang.



Mee Goreng Basah Senang Nak Buat



Untuk dessert, saya buat Donut FnF..ceh poyo je bunyiknye.
Senang je nak buat.. saya pakai icing sugar sebab nak buat konon-konon mcm Big Apple punye donut..
Cubalah..sedap :D

Bahan-Bahan:

1/2  kg Tepung Gandum
1/2  tin Susu Cair
1/2  paket Yis Mauripan
1/2  ketul Buttercup
1 sudu kecil garam
Sedikit pelembut roti
Sedikit air
Gula icing

* Campurkan Yis Mauripan bersama 3 sudu besar air suam dan 1 sudu teh gula. Biarkan selama 5 minit atau sehingga berbuih.

Cara-caranya :

1. Campurkan semua adunan kedalam bekas uli termasuk yis tadi. Uli sehingga menjadi doh.
2. Biarkan selama 1 jam.
3. Uli dan canai doh tadi kemudian diterap dengan acuan doh.(saya tak pakai acuan pun buat bentuk sendiri je).
4. Biarkan selama 10 minit dan donut tadi naik 2x ganda.
5. Kemudian bolehlah digoreng. Bila dan agak-agak kuning dan masak, angkat dan biarkan sejuk kejap, then baru tabur gula icing.


* Masa menggoreng, api kena perlahan je.. dan biarkan donut tadi betul-betul tenggelam dalam minyak, kalau tak takut tak masak.



Donut FnF yang rupe bentuknya tak berapa nak menawan hati


*berpuasa lagi hari ini.. alhamdulilah.

17 comments:

Putri Ramlan said...

omaigod! sgt yummeh!
u buat i rasa nak masak plak walaupun tatau sgt.
hahaha. :P

Iena said...

wahhhhhhhhhh... food presentation makin improve! gud2...

tang donut tu akak tabik spring sebab akak x pandai nk wak kuih muih ni...

#popiah simpul tu mak akak buat la yang... akak wiken tlg gak la... tlg simpul jer...
faten nak rasa? boleh2...
roger akak n kite set date. :)

mrs_yus said...

hmmm sedapyne mee grg basah! my fav!
tp sjak sara diet lgsg xmkn dh mee kuning..ishhk dh teringin plak dh tgk mee grg tenton ni! ;D

Mimy Hamid said...

faten yang rajin....:))

TK said...

Wah..cam Big Apple je..your donut. Akak tak pnah buat donat seumur hidup. Sadisnya..
Mee goreng mmg slalu jd penyelamat saat2 lapar...simple but sedap

Tumpang happy Spain menang.Puashati-:)

Lady of Leisure said...

sedapnya mee goreng tu faten, sekali pandang macam mee goreng mamak tau hehe.. donut pun nampak gebu gitu..

fatenton said...

putri,
nanti u nak kawin u belajar masak yee :)

fatenton said...

kak iena,
ape kata bagi faten satu balang je terus nak testing boleh?kehkehkeh

fatenton said...

sarah,
ur feveret ke? faten tak berapa suka sgt sebenarnya tapi sebab dah lapar bedal jelah.. :D

fatenton said...

sis mimy,
rajin ikut time je kak..selalunya malas :D

fatenton said...

TK,
ohhh i sedih sebab german kalah.. :(

tapi donut i tu takdelah sedap mana pun TK..bolehlahhhhh :D

fatenton said...

Lady,
donut tu gebu sebab faten letak pelembut roti.. awk trylah buat k..nt post kat blog eh :)

goblogbyfarah said...

tak basah pun!

Lya Colours said...

rajin nya cik fatenton
saya nak memasak2 la weekend ni
dah lama x berperang di dapoq

Farah Y said...

Donut sangat menawan hati! Serious! Dari haritu teringin sangat nak cuba. Okeh, lepas ni confirm nak buat jugak! Ehe.

MiSz eiN said...

perghh da pandai buat donut plaks?? huhu..i suke tau donut y panas2..huaaaa..nak!!!

Deqna said...

wah pandai memasak jugak... hebat hebat.. seumur hidup saya tidak pernah buat donat sendiri ni...memang tak reti..haha