Thursday, July 15, 2010

Aku.. emo.

Izinkan saya membahasakan diri sebagai 'aku' kerana emosi sedang memuncak dlm diri ketika ini.

Sudah 2 hari email ini berada dlm inbox.. ntah kenapa aku tak baca..aku pun tak tahu..
Untuk semua para isteri, mungkin selama ini kita terlepas pandang dengan perbuatan kita yang mungkin tak kita sedari..seperti jugak aku.

Aku masih igt, masa baru-baru kahwin dulu..
Aku mintak suami tolong pergi farmasi belikan facial wash yang dah habis..
Aku siap pesan 'beli yang besar  tau'..
Suami tak merungut, terus pergi farmasi yang terletak tak jauh dari rumah kami which means kat dlm taman tu jugaklah..

Bila suami balik, aku tengok facial wash tu mcm dah expired sebab warna dia dah luntur..
Bila check manufactured date, tahun 2002 punye..
Aku terus marah and mengamuk kat suami sebab tak tengok betul-betul terus beli pastu dahla mahal resit pulak takde..
Dengan takde cakap thank you satu hal, pastu boleh marah-marah pulak mcm org kena rasuk syaitan!

Suami keluar rumah..
Aku terus terdiam.. bila tanya nak pergi mana tak menyahut..
Lama dia keluar..dekat 1 jam jugak..
Masa tu yang aku tahu hanyalah menangis.. tapi aku pun tak tahu menangis kenapa?
Kerana ditinggalkan? atau kerana rasa bersalah sebab marah dia tak tentu pasal?
Lepas sejam suami balik, dengan beg plastik kecik kat tangan..
Dengan muka masam mencuka aku ty lagi, pergi mana?
Dia hulurkan plastik, dan terus masuk bilik tanpa bercakap sepatah pun.
Bila aku bukak plastik, facial foam baru..
Yang pastinya dari kedai lain..
Aku pun tak tahu kat mana farmasi tu..
Tapi kalau dah satu jam, boleh pikirlah jauhnye mcmane kan..

Perasaan aku ketika itu, rasa berdosa.. rasa bersalah..
Ya allah sesungguhnya aku amat lemah dan masih mentah untuk menghormati lelaki yang bergelar suami..
Takpe..aku akan belajar perlahan-lahan..
Hingga ke saat ini, aku masih belajar..
Insyaallah, aku tak nak buat lagi..

Dan ketika aku baca email ni, aku bagai tersedar dan terhantuk..
Ampunkan i sayang..
I janji akan jadi isteri yang soleh..i akan cuba. Insyaallah.

Buat semua, bacalah..untuk renungan kita bersama..

Istimewanya wanita ialah segala perbuatan dan setiap apa yang disentuh oleh jari halusnya di dalam ruang lingkup rumahtangganya akan mendatangkan pahala. Namun terdapat suatu perkara yang jarang sekali diambil perhatian oleh kebanyakan wanita hari ini, iaitu perihal menyambut kepulangan suami.


Setiap kali suami pulang ke rumah suami memerlukan bantuan isterinya untuk menghilangkan rasa letih, penat, lapar, dahaga dan lain-lain beban yang sedang ditanggungnya. Oleh itu, isteri yang menyambut suami hendaklah pandai memahami mood dan kehendak suami.

Sambutlah kepulangan suami dengan air muka gembira, dan dengan senyuman. Tunjukkanlah wajah yang semanis mungkin dan senyuman yang kita berikan ketika itu akan menghilangkan sebahagian daripada keletihan suami. Elakkan daripada bersikap acuh tak acuh, bermasam muka ataupun melepaskan 'peluru berpandu' bila suami terjongol di muka pintu. Sabda Rasulullah saw:

"Siapa sahaja seorang isteri bermuka muram di hadapan suaminya, maka ia dalam kemurkaan Allah swt hingga ia dapat membuat suasana yang riang gembira kepada suaminya dan memohon kerelaannya. "

Begitulah besarnya harga senyuman seorang isteri kepada suaminya. Senyuman akan mencetuskan suasana kegembiraan dan itulah sebenarnya yang dikehendaki oleh semua suami ketika pulang, terutamanya jika ia sedang dalam keletihan. Muka yang masam bukan sahaja akan menimbulkan kemarahan suami, malahan menyebabkan Allah swt turut murka. Kemurkaan Allah itu akan berkekalan hingga isteri itu berjaya mengembalikan semula suasana gembira dan memohon keampunan daripada suami. Kerana sesungguhnya keredhaan Allah itu terletak pada keredhaan suami.

Bila suami pulang segeralah bukakan pintu. Persilakan masuk dengan penuh hormat dan dengan kata-kata yang lemah lembut. Sambutlah tangan suami dan ciumi ia sebagai tanda hormat serta meminta maaf, walaupun isteri merasakan tidak berbuat sebarang kesalahan pada hari itu. Bukannya isteri yang hulurkan tangan untuk dikucup oleh suami sepertimana yang dilakukan oleh kebanyakan orang Barat hari ini.

Sebuah hadis ada menyebut bahawa apabila seorang suami bersalaman dengan isterinya, maka gugurlah segala dosa dari sela-sela jari mereka berdua. Begitulah Maha Pengampunnya Allah; dosa isteri gugur hanya dengan bersalaman dengan suami. Oleh itu rebutlah peluang dalam sebarang kesempatan untuk bersalaman dengan suami dan meminta maaf daripada suami. Tentunya tidak terhad hanya ketika suami pulang daripada kerja sahaja; lazimkan perbuatan ini ketika selepas solat jemaah, ketika hendak keluar dari rumah atau pun setelah membuat sebarang kesilapan samada kecil atau besar; supaya sentiasa mendapat keampunan Allah. Andaikata mempunyai anak-anak, ajarlah mereka itu untuk selalu bersalaman dengan ayahnya. Kelaziman ini akan memupuk rasa kasih dan hormat anak-anak kepada orang tua.

Jika suami pulang membawa buah tangan, sambutlah dengan ucapan terima kasih. Jangan biarkan sampai barang itu lama di tangannya atau suami meletakkannya sendiri di dapur. Ini tanda isteri tidak menghargai buah tangan yang dibawa oleh suami.

Jangan pula bertanya soalan-soalan seperti 'kenapa tidak beli barang yang dipesan?' dan seumpamanya. Soalan yang di tanya bertubi-tubi ketika suami sedang penat hanya akan membosankan suami, malahan mungkin akan menimbulkan kemarahannya.

Pernah disebut dalam riwayat, pada zaman Rasulullah, ada seorang wanita yang bakal masuk syurga lebih dahulu daripada Siti Fatimah. Wanita itu begitu taat serta sangat memuliakan suaminya. Dia menunggu kepulangan suaminya dengan pakaian yang bersih serta mengghairahkan; disediakan tuala, air sejuk dan sebatang rotan. Segala perbuatannya itu menjadi tanda tanya kepada Siti Fatimah yang mengunjunginya. Lalu beliau bertanya untuk mengetahui di sebalik perlakuan wanita itu.

Wanita itu pun berkata: "Aku bersiap-siap dan menyinsing kainku ialah supaya mudah jika suamiku ingin menyampaikan hajatnya. Adapun tuala ini ialah untuk mengesat peluhnya, air ini ialah untuk menghilangkan dahaganya dan rotan ini ialah untuk dia menghukum aku jika aku membuat sebarang kesalahan."

Kebahagiaan rumahtangga terletak pada akhlak dan budi pekerti isteri. Biarpun seorang isteri itu tidak cantik tapi jika cukup sempurna layanannya terhadap suami dan berakhlak pula, tentu ia akan menjadi penghibur dalam rumahtangga.

Oleh itu wahai wanita-wanita atau para isteri-isteri hendaklah berlumba-lumba untuk menjadi seorang isteri yang solehah, yang bertaqwa berakhlak mulia dan taat kepada suami. InsyaAllah seorang isteri itu akan disayangi oleh Allah, suami malah seluruh makhluk di dunia. Sabda Nabi: "Sungguh-sungguh memintakan ampun untuk seorang isteri yang berbakti kepada suaminya, iaitu burung-burung di udara, ikan-ikan di air dan malaikat di langit selama dia sentiasa dalam kerelaan suaminya."

Jika seorang isteri mengharap cintanya berbalas, maka berbanyak-banyaklah isteri itu mencari keredhaan Allah melalui suami. Subhanallah.
inilah facial foam yang telah membuatkan aku menjadi kurang ajaq!


28 comments:

goblogbyfarah said...

*uhukkkk*..terasa...

Lady of Leisure said...

entry yang menginsafkan.. tq for sharing faten.. sama2 kita kene muhasabah diri kan.. tak salah, lady penah baca, kalau manusia ni boleh sujuk pada manusia lain, Allah akan suruh isteri2 sujud pada suami2...

kita cuba buat yg terbaik k.. everybody learn from mistake..

Madamme Anne said...

istilah kurang ajar tu terlalu menghukum rasenyer.. myb naif is more proper.. sabar faten, u'll baru kahwin.. byk lg yg perlu difahami.. kita manusia biase yg sering terlupa & terlalai.. jdkan yg lalu sbg pengajaran.. Ni nasihat dari org dah 5 thn kajhwin.. tp still lg dlm proses memahami.. :D

TK said...

I know all these but sometimes..tak terbuat. Hopefully we all will become better wiveskan...
Senang isteri nak dapat pahala senang juga nak dpt dosa..
Baiknya hubby u pegi keluar pulak cari for u a new facial foam..bukan semua org bole layan wife camtu..

Sh@MytO iDi said...

kesalahan tu akan buat kiter lebih beringat..

tp rase bersalah tu sentiasa ada..
especially to ur own husband rite?

so let's take any opportunity to make him happy..

neway, tq faten post email tu =)

~~zaa~~ said...

subhanallah...besar rupanya ganjaran untuk seorang isteri....insyaallah kita sama2 beringat ye..



tq dear for sharing this great email!!

d.a.m.i.q.u.l.a said...

biaselah faten,kalau dh name manusia memang tak lari dr kesilapan.muge2 email ni memberi pengajaran pd faten,pd dami,dan pade semua readers:)

Mimy Hamid said...

sedih baca...nasib fatin cepat sedar yer...kadang kita pompuan ni melebih2 mentang2 la suami baik bagi muka...thanks info dear

MiSz eiN said...

laaaa...ye ke...
xpe, belajar dr kesilapan eh..
next time jgn lupe cenyum taw bile ceben balek
;)

TopsyTurvyMum said...

semua manusia pernah buat silap kecuali rasulullah yg bersifat maksum.
jadikan setiap kesilapan yg kita buat sebagai pengajaran untuk kita menjadi lebih baik. Di awal perkahwinan memang selalu terjadi hal2 macam ni.
thanks for sharing faten:)
have a nice weekends!

"MULAN" said...

thanx for sharing faten...

✿ EyZa ✿ said...

Sebak nyer faten.. :(

Kita ni kdg2 bila tgh marah mmg mudah lupa sape diri kita..
Eyza dulu penah gaduh teruk dgn husband.. Dia kuar rumah 2 jam br blk.. Bila col tnye kat mane dgr suara dia mcm tgh nangis.. Sedih sgt! rase bodoh & jahatnya diri ni buat smpai suami kuar air mata.. Rase nak pukul diri sendiri pon ada..

Serik! Tanak buat dah.. Smoga kita sama2 jd isteri solehah.. Amin..

en_me said...

saperlar tak sayang bini.. tapi ada kan.. kanns..

ehehe

maya amir said...

aduhhh...tetibe saya rasa sgt2 berdosa...huhu

fatenton said...

farahgoblog,
tulah kau jgn marah2 ein lagi.

fatenton said...

lady,
insaf kan baca..harap2 insaf ni berpanjangan..

fatenton said...

ann,
dah mmg betul faten kurang ajar pun ann.. ntahlah susah nak digambarkan betapa tak bersyukurnya faten masa tu..

fatenton said...

TK,
takpe kita beringat sentiasa itu yang penting.. kalau praktik mesti tak lupe dah..

fatenton said...

sha,
thanks dear for reading..

fatenton said...

zaa,
betul tu..
hanya dgn salam dan cium tgn suami dah boleh terhapus dosa2 kita..

fatenton said...

dami,
nt dami dah kawin praktikkan benda ni ye :)

fatenton said...

sis mimy,
kadang2 terlajak jugak kak mulut ni.. :(

fatenton said...

ein,
aku mmg sentiasa senyum je walaupun baru bgn tido :D

fatenton said...

topsturvymum,
harap2 di awal perkahwinan jelah hendaknya..sebab tak sanggup nak buat lagi..

fatenton said...

mulan,
welcomed sis :)

fatenton said...

eyza,
itulah kdg2 kite tak sedar benda tu..
takpe doa byk2 k..

fatenton said...

en me,
errr sape yang tak sayang bini tu i tak tahulah nak ckp.. :D

fatenton said...

maya amir,
takpe kite belajar utk jd lebih baik k..