Wednesday, July 28, 2010

not a JOKE for me.

A : Dah ada belum?
B : Belum ada rezeki lagi..
A : Husband keje mana?
B : Melaka..
A : Jauhnye.. habis ulang-alik ke tiap-tiap hari?
B : Taklah.. weekend je jumpa..
A : Oooo.. weekend  "pulun" habis lah?
A,C,D,E : Kah kah kah kah kah.. "pulun" sampai tak keluar bilik tu.. kah kah kah kah..

Bila sampai part pulun, ramai betul jadi tukang nasi tambah ye.. bagus!


Apa korang ingat aku takde keje lain ke berukkk???




*mak malu dik non.

Thursday, July 22, 2010

mee goreng katak!


Sape tgk berita malam tadi?

Petang semalam saya lepak di Old Town White Coffee di Rampai Business Park..
Saya memang suka lepak Oldtown..
Selain dari hot chocolatenya yang sedap, saya suka makan Asam Laksa & Double Toast Kaya & Butter tu..
Sape pernah makan asam laksa kat situ mesti tau mcmane sedapnye kan..

Semalam lama saya lepak situ..
Biasalah sambil makan sambil borak + gosip kosong..
And kuah laksa saya sampai habis saya hirup ok..tak tinggal satu habuk pun.

Malam semalam masa tengok berita, ada seorang pelajar IPT telah saman salah satu OldTown Kopitiam di Lembah Klang ni..
Sebabnya, jumpa 'kaki katak' dalam mee goreng!

Ya rabbi masa tu rasa loya and kembang je tekak ni tengok..
Sisa-sisa laksa masih ada dlm perut ni..kat tekak pun ada lagi..
Bila difikirkan, mcmane boleh ada kaki katak tu dlm tu?
Katak tu lompat masuk dlm kuali kot? tak pun mmg diorang ada jual kot mee katak tu?

Tak pun kena sabotaj kot? errrr ntahlah..

Tapi yang pastinya saya akan tetap lepak situ lagi..minum air je pun jadilah.. :D


gambar selingan..comel pulak tgk kaki die..

Monday, July 19, 2010

farah diyana's wedding

Finally..
My bff Farah Diyana telah selamat main kawin-kawin dengan tunangannya Naim..
Honestly, saya tak sangka yang mereka akan kahwin berdua..
Banyak rintangan percintaan diorang ni..ececehhh
Kalau dah jodoh, pergilah serata dunia sekalipun balik-balik kat orang tu jugak hendaknya..

Congratulations darling..
Kau nampak comel sgt..
Gbr dlm proses ye..
Insyaallah aku try siapkan cepat..
Nak patah pinggang den duk mengadap laptop je 24 jam... :D




A short preview special for Farah :)





Sunday, July 18, 2010

Nasi Lemak Sambal Sotong Kembang

Sebelum puasa ni haruslah melantak dulukan..
Nanti dah puasa kena sekat2 nafsu sikit..(yelah tu!)

Last Sunday i made Nasi Lemak with Sambal Sotong Kembang..
Selama ni tak pernah try buat pun cuma tahu beli pastu telan..
So, masa saya masak nasi lemak ni, saya terkedu sikit bila tengok santan tu bercampur dengan nasi..
Mak aiii patutlah lemak kat badan ni makin menjadi-jadi..

Nasi lemak saya menjadi, cuma sambal tu agak kurang pedas..
Maybe sebab tak cukup cili kot..
Tapi papepun mcm biasalah sedap mmg sedap pun :8)
Saya tambah 2 pinggan ye harap maklum.
Recipe from kak Ummi..
Mintak izin copy paste ye ummi..




Nasi Lemak Sambal Sotong Kembang
Bahan-bahan:

Bahan untuk nasi:-
2 cawan beras
1 cawan santan n 1 cawan air( saya letak santan lebih sikit)
2 helai daun pandan - disimpul
3 hirisan halia
secubit garam

Bahan untuk sambal:
6 sudu besar cili kering mesin (saya pakai cili boh je)
4 ulas bawang merah -ditumbuk
2 ulas bawang putih -ditumbuk
1 biji bawang besar -dihiris
sedikit air asam jawa
sedikit belacan (jika suka) (saya tak masuk pun)
garam n gula

Bahan sampingan lain :-
Ikan bilis goreng, telur rebus dan timun.

Cara-caranya:

1. Campur semua bahan untuk nasi dan masak seperti nasi biasa.

2. Untuk sambal, tumis bawang besar, masukkan bawang-bawang  yg ditumbuk, cili boh, hingga sedikit garing dan pecah minyak.

3. Masukkan air asam tadi..then baru masukkan sotong.

4. Masukkan garam n gula secukup rasa. Biarkan menggelegak & masak sehingga agak pekat.


Sambil saya masak, saya suruh husband lepak dekat dining table sebab die pun nak buat keje.. sambil masak sambil sembang dan sambil nyanyi duet lagi.. best :)


*my jeans is getting tighter.. well done fatenton!

Thursday, July 15, 2010

Aku.. emo.

Izinkan saya membahasakan diri sebagai 'aku' kerana emosi sedang memuncak dlm diri ketika ini.

Sudah 2 hari email ini berada dlm inbox.. ntah kenapa aku tak baca..aku pun tak tahu..
Untuk semua para isteri, mungkin selama ini kita terlepas pandang dengan perbuatan kita yang mungkin tak kita sedari..seperti jugak aku.

Aku masih igt, masa baru-baru kahwin dulu..
Aku mintak suami tolong pergi farmasi belikan facial wash yang dah habis..
Aku siap pesan 'beli yang besar  tau'..
Suami tak merungut, terus pergi farmasi yang terletak tak jauh dari rumah kami which means kat dlm taman tu jugaklah..

Bila suami balik, aku tengok facial wash tu mcm dah expired sebab warna dia dah luntur..
Bila check manufactured date, tahun 2002 punye..
Aku terus marah and mengamuk kat suami sebab tak tengok betul-betul terus beli pastu dahla mahal resit pulak takde..
Dengan takde cakap thank you satu hal, pastu boleh marah-marah pulak mcm org kena rasuk syaitan!

Suami keluar rumah..
Aku terus terdiam.. bila tanya nak pergi mana tak menyahut..
Lama dia keluar..dekat 1 jam jugak..
Masa tu yang aku tahu hanyalah menangis.. tapi aku pun tak tahu menangis kenapa?
Kerana ditinggalkan? atau kerana rasa bersalah sebab marah dia tak tentu pasal?
Lepas sejam suami balik, dengan beg plastik kecik kat tangan..
Dengan muka masam mencuka aku ty lagi, pergi mana?
Dia hulurkan plastik, dan terus masuk bilik tanpa bercakap sepatah pun.
Bila aku bukak plastik, facial foam baru..
Yang pastinya dari kedai lain..
Aku pun tak tahu kat mana farmasi tu..
Tapi kalau dah satu jam, boleh pikirlah jauhnye mcmane kan..

Perasaan aku ketika itu, rasa berdosa.. rasa bersalah..
Ya allah sesungguhnya aku amat lemah dan masih mentah untuk menghormati lelaki yang bergelar suami..
Takpe..aku akan belajar perlahan-lahan..
Hingga ke saat ini, aku masih belajar..
Insyaallah, aku tak nak buat lagi..

Dan ketika aku baca email ni, aku bagai tersedar dan terhantuk..
Ampunkan i sayang..
I janji akan jadi isteri yang soleh..i akan cuba. Insyaallah.

Buat semua, bacalah..untuk renungan kita bersama..

Istimewanya wanita ialah segala perbuatan dan setiap apa yang disentuh oleh jari halusnya di dalam ruang lingkup rumahtangganya akan mendatangkan pahala. Namun terdapat suatu perkara yang jarang sekali diambil perhatian oleh kebanyakan wanita hari ini, iaitu perihal menyambut kepulangan suami.


Setiap kali suami pulang ke rumah suami memerlukan bantuan isterinya untuk menghilangkan rasa letih, penat, lapar, dahaga dan lain-lain beban yang sedang ditanggungnya. Oleh itu, isteri yang menyambut suami hendaklah pandai memahami mood dan kehendak suami.

Sambutlah kepulangan suami dengan air muka gembira, dan dengan senyuman. Tunjukkanlah wajah yang semanis mungkin dan senyuman yang kita berikan ketika itu akan menghilangkan sebahagian daripada keletihan suami. Elakkan daripada bersikap acuh tak acuh, bermasam muka ataupun melepaskan 'peluru berpandu' bila suami terjongol di muka pintu. Sabda Rasulullah saw:

"Siapa sahaja seorang isteri bermuka muram di hadapan suaminya, maka ia dalam kemurkaan Allah swt hingga ia dapat membuat suasana yang riang gembira kepada suaminya dan memohon kerelaannya. "

Begitulah besarnya harga senyuman seorang isteri kepada suaminya. Senyuman akan mencetuskan suasana kegembiraan dan itulah sebenarnya yang dikehendaki oleh semua suami ketika pulang, terutamanya jika ia sedang dalam keletihan. Muka yang masam bukan sahaja akan menimbulkan kemarahan suami, malahan menyebabkan Allah swt turut murka. Kemurkaan Allah itu akan berkekalan hingga isteri itu berjaya mengembalikan semula suasana gembira dan memohon keampunan daripada suami. Kerana sesungguhnya keredhaan Allah itu terletak pada keredhaan suami.

Bila suami pulang segeralah bukakan pintu. Persilakan masuk dengan penuh hormat dan dengan kata-kata yang lemah lembut. Sambutlah tangan suami dan ciumi ia sebagai tanda hormat serta meminta maaf, walaupun isteri merasakan tidak berbuat sebarang kesalahan pada hari itu. Bukannya isteri yang hulurkan tangan untuk dikucup oleh suami sepertimana yang dilakukan oleh kebanyakan orang Barat hari ini.

Sebuah hadis ada menyebut bahawa apabila seorang suami bersalaman dengan isterinya, maka gugurlah segala dosa dari sela-sela jari mereka berdua. Begitulah Maha Pengampunnya Allah; dosa isteri gugur hanya dengan bersalaman dengan suami. Oleh itu rebutlah peluang dalam sebarang kesempatan untuk bersalaman dengan suami dan meminta maaf daripada suami. Tentunya tidak terhad hanya ketika suami pulang daripada kerja sahaja; lazimkan perbuatan ini ketika selepas solat jemaah, ketika hendak keluar dari rumah atau pun setelah membuat sebarang kesilapan samada kecil atau besar; supaya sentiasa mendapat keampunan Allah. Andaikata mempunyai anak-anak, ajarlah mereka itu untuk selalu bersalaman dengan ayahnya. Kelaziman ini akan memupuk rasa kasih dan hormat anak-anak kepada orang tua.

Jika suami pulang membawa buah tangan, sambutlah dengan ucapan terima kasih. Jangan biarkan sampai barang itu lama di tangannya atau suami meletakkannya sendiri di dapur. Ini tanda isteri tidak menghargai buah tangan yang dibawa oleh suami.

Jangan pula bertanya soalan-soalan seperti 'kenapa tidak beli barang yang dipesan?' dan seumpamanya. Soalan yang di tanya bertubi-tubi ketika suami sedang penat hanya akan membosankan suami, malahan mungkin akan menimbulkan kemarahannya.

Pernah disebut dalam riwayat, pada zaman Rasulullah, ada seorang wanita yang bakal masuk syurga lebih dahulu daripada Siti Fatimah. Wanita itu begitu taat serta sangat memuliakan suaminya. Dia menunggu kepulangan suaminya dengan pakaian yang bersih serta mengghairahkan; disediakan tuala, air sejuk dan sebatang rotan. Segala perbuatannya itu menjadi tanda tanya kepada Siti Fatimah yang mengunjunginya. Lalu beliau bertanya untuk mengetahui di sebalik perlakuan wanita itu.

Wanita itu pun berkata: "Aku bersiap-siap dan menyinsing kainku ialah supaya mudah jika suamiku ingin menyampaikan hajatnya. Adapun tuala ini ialah untuk mengesat peluhnya, air ini ialah untuk menghilangkan dahaganya dan rotan ini ialah untuk dia menghukum aku jika aku membuat sebarang kesalahan."

Kebahagiaan rumahtangga terletak pada akhlak dan budi pekerti isteri. Biarpun seorang isteri itu tidak cantik tapi jika cukup sempurna layanannya terhadap suami dan berakhlak pula, tentu ia akan menjadi penghibur dalam rumahtangga.

Oleh itu wahai wanita-wanita atau para isteri-isteri hendaklah berlumba-lumba untuk menjadi seorang isteri yang solehah, yang bertaqwa berakhlak mulia dan taat kepada suami. InsyaAllah seorang isteri itu akan disayangi oleh Allah, suami malah seluruh makhluk di dunia. Sabda Nabi: "Sungguh-sungguh memintakan ampun untuk seorang isteri yang berbakti kepada suaminya, iaitu burung-burung di udara, ikan-ikan di air dan malaikat di langit selama dia sentiasa dalam kerelaan suaminya."

Jika seorang isteri mengharap cintanya berbalas, maka berbanyak-banyaklah isteri itu mencari keredhaan Allah melalui suami. Subhanallah.
inilah facial foam yang telah membuatkan aku menjadi kurang ajaq!


Tuesday, July 13, 2010

One For All

Actually dah lama sgt dpt  tag ni tapi tak terjawab pun.. ok now fatenton sedang rajin untuk menjawab semua tag dan accept the awards.. Thanks a lot TK, Kak Juliana, Suraya &Ct Nurmalissa. I really appreciate it.

Tag from Kak Juliana

This tag is called as "Interesting Tag"

RULES
a. It’s harder than it’s looks….
b. Copy to your own notes….
c. Erase my answers…..
d. Enter yours and tag twenty (20) people…..
f. Use the first letter of your name to answer each of the following question.They have to be real.Nothing made up.If the person before u had the same first initial, u must use different answers.
g. You cannot use any word twice…..
h. You can’t use your name for the boy/girl name question…




~ What is your name ~ Fatenton

~ A four letter word ~ Fine

~ A boy’s name ~ Faizal

~ A girl’s name ~ Fazara

~ An Occupation ~ Freelance Photographer

~ A colour ~ Firus (ada ke warna firus ni?)

~ Something u wear ~ FCUK watch

~ A food ~ Fish

~ Something found in the bathroom ~ Facial foam

~ A place ~ Florida

~ A reason for being late ~ Fatenton lambat bangun pagi.

~ Something u shout ~ Fuiyooooo

~ A movie title ~ Fenomena

~ Something u drink ~ Fruit Juice

~ A musical group ~ Fat Boy Slim

~ An animal ~ Frog

~ A street name ~ Fuad Stephen Street

~ A type of car ~ Ford


Then tag to 20 people
Semua blogger yang hurufnya F jugak.
Tag From Kakisukaberjalan

Kisah saya dan World Cup:

World Cup dah habis dah pun.. tapi yang pastinya World Cup kali ni tak bape best sebab semua yang saya suka semua kalah.. tapi best sebab tahun ni saya dpt tengok dgn pae.. walaupun pae tak berapa minat bola tapi die tetap turun padang utk teman saya bersorak sekali :)

Tag From Suraya Harris

State 7 things about yourself


1. Saya suka mengemas dan mendeco rumah.. it's like a therapy for me bila tengok rumah cantik dan kemas tersusun.

2. Saya suka menari. Dulu saya pernah joined cheerleading when i was in high school.. tapi lepas kena marah dengan ustazah terus tarik diri. blueekkk tak sporting langsung!

3. I love food so much. Saya jugak suka makan benda-benda baru..Next week saya nak ajak pae try Restoran Korea dekat Bandar Hilir pulak. Walaupun saya suka makan tapi dalam masa yang sama saya akan maintain my weight..makan-makan jugak, lepas makan saya akan jogging or swimming.

4. Saya tak berapa suke mekap. Kalau keluar rumah saya cuma akan pakai compact powder (not 2 way cake), dgn lip balm.. kalau saya mekap, rasa lain mcm..Lagipun sejak dah makin tua ni nafsu nak mekap makin kurang.

5. Saya suka mandi. Saya sangat suka mandi lama-lama and sental badan pakai susu kambing..lagi satu saya suka tidur dlm keadaan bersih dan wangi-wangi. So bila bangun pagi rasa segar je.

6. Saya sgt suka melancong. Sampai saya rasa saya sepatutnya ambik course pelancongan masa study dulu. Before Ramadhan saya dan suami akan bershort honeymoon..tak sbr rasanya.

7. Saya dah mula suka memasak.. lagi-lagi bila org ckp sedap, memang berbunga je hati nih.. sebab sebelum ni saya sgtlah tak pdi masak.. insyaallah saya akan improve lagi skill memasak saya.



Thanks TK



Thank you sis Ct Nurmalissa


Love, fatenton.

Sunday, July 11, 2010

mee goreng basah senang nak buat & donut FnF

Holla Amigas! :)

Mentang-mentanglah Spain menang..terus nak tukar language.

Weekend baru ni saya dah punya semangat nak masak Mee Bandung Muar..
Dah lama tak makan mee bandung..
Tapi akibat penangan bola sepak akibatnya dekat pukul 12 tghari baru bangun..
Perut dah lapar sgt-sgt, so lain kalilah ye mee bandung..
Menu simple untuk orang yang dah lapar (lagi-lagi pae) ialah mee goreng basah senang nak buat.


Bahan-bahannya:
Sebungkus mee kuning
1 biji bawang besar - dimayang
3 biji bawang putih - dimayang
1 sudu besar cili giling (boleh tambah kalau nak pedas)
Isi ayam - potong kecik-kecik
1/2 sudu besar kicap pekat
3 sudu besar sos tomato
1/2 sudu besar sos tiram
3 cawan air
Sebiji telur
Sawi
Carrot
Gula
Daun sup & tauhu goreng untuk hiasan


Cara-caranya :

1. Panaskan minyak,  tumis bawang besar dan bawang putih

2. Masukkan cili giling, tumis sampai naik bau. Masukkan ayam tumis sampai garing.

3. Masukkan sos tomato, sos tiram, kicap pekat.

4. Masukkan air kemudian biarkan bahan2 tadi sehingga masak.

5. Kemudian masukkan secubit gula dan masukkan mee, tunggu sekejap akhir sekali masukkan carrot & sawi.  Kacau hingga sebati dan pecahkan telur jangan gaul sekali biar telur masak sedikit kemudian sedia untuk dihidangkan. Boleh makan untuk 4 orang.



Mee Goreng Basah Senang Nak Buat



Untuk dessert, saya buat Donut FnF..ceh poyo je bunyiknye.
Senang je nak buat.. saya pakai icing sugar sebab nak buat konon-konon mcm Big Apple punye donut..
Cubalah..sedap :D

Bahan-Bahan:

1/2  kg Tepung Gandum
1/2  tin Susu Cair
1/2  paket Yis Mauripan
1/2  ketul Buttercup
1 sudu kecil garam
Sedikit pelembut roti
Sedikit air
Gula icing

* Campurkan Yis Mauripan bersama 3 sudu besar air suam dan 1 sudu teh gula. Biarkan selama 5 minit atau sehingga berbuih.

Cara-caranya :

1. Campurkan semua adunan kedalam bekas uli termasuk yis tadi. Uli sehingga menjadi doh.
2. Biarkan selama 1 jam.
3. Uli dan canai doh tadi kemudian diterap dengan acuan doh.(saya tak pakai acuan pun buat bentuk sendiri je).
4. Biarkan selama 10 minit dan donut tadi naik 2x ganda.
5. Kemudian bolehlah digoreng. Bila dan agak-agak kuning dan masak, angkat dan biarkan sejuk kejap, then baru tabur gula icing.


* Masa menggoreng, api kena perlahan je.. dan biarkan donut tadi betul-betul tenggelam dalam minyak, kalau tak takut tak masak.



Donut FnF yang rupe bentuknya tak berapa nak menawan hati


*berpuasa lagi hari ini.. alhamdulilah.

Monday, July 5, 2010

suprised yang tak berapa nak jadi

Last week i made a handmade card for my husband..
Actually i just wanted to wish him good luck..
Di samping sedikit kata-kata semangat sempena hari yang boleh kira penting jugaklah untuk dia..

Saya siap buat kad tu di ofis lagi sebab kalau buat kat rumah nanti kantoi..
Bila dah siap, seperti biasa saya akan tangkap gbr pki handphone dulu..

Ntah mcmane, masa saya tengah leka masak saya nampak die tersengih-sengih..
Mulanya saya buat tak tahu tapi bila dia tiba-tiba bersuara 'ada kad untuk i ye?'..
Rupanya dia tengah sibuk belek hp saya..eeeee menyibuk je tau!
Nak tercabut jantung ni rasenye.. uwaaaaaa kenapalah saya tak save in any folder dulu.. :(

Terus tak suprised dah jadinya..
Husband siap cakap 'takpe, i buat-buat tak nampak ye'.. ceh!

Pagi isnin before saya pergi kerja, saya letak kad tu dlm kereta husband..
Walaupun dah tak berapa nak suprised tapi takpe the most importantly i made it single handed  :D

Congratulations sayang.. u done it well! HUGS


fatenton is trying to be creatived..errrr


*fatenton berpuasa today..tekak nak makan Nasi Arab..tapi beli jelah ye den tak larat nak masak.. :D

Sunday, July 4, 2010

Nasi Maqlubah & Khudar

Weekend baru ni saya agak terlebih rajin sikit untuk masak..
Dah lama sebenarnya tak masak, sebab dah lama tak balik Melaka..
Sepatutnya last week saya di KL saja, ada kenduri bertandang Farah Diyana di Keramat yang baru je kahwin minggu lepas..
Tapi apakan daya, husband kena standby pulak tak boleh tidak..
Sorry farah nanti kita jumpe ye.. Hugs

Ok, actually i've been surfing about Middle East food recipes for many times..
Cuma baru-baru ni baru ada kesempatan nak buat..
Kalau weekend baru mood nak masak dtg, sebab weekdays balik rumah mummy dah siapkan makanan pun..

Mulanya i was not very confident to try sebab takut tak jadi..
Tapi bukan nak angkat bakul sendiri, setakat ini apa yang saya try mesti jadi that's why saya beranikan diri untuk cuba..

Nasi Maqlubah adalah nasi yang popular di Jordan..
Maqlubah bererti 'diterbalikkan'..
Memang agak leceh sikit nak buat, but definitely worth because it tasted sooo good..

Nasi Maqlubah

Bahan-bahannya (untuk 5 orang)  :

Beras Basmathi (pakai beras biasa pun boleh cuma Basmathi lebih sedap)
Satu kilo ayam (saya pakai bahagian dada je potong sederhana)
5 biji kentang (saya pakai Australian Potatoes)
5 biji terung
Bunga kobis
2 sudu besar rempah beriyani
4 biji buah pelaga
4 kuntum bunga lawang
3 batang kayu manis
2 sudu teh garam
Bahan hiasan seperti kismis & gajus

Caranya :

1. Goreng ayam yang telah dilumurkan sedikit dengan serbuk kunyit dan garam, goreng sampai garing.

2. Goreng kentang sehingga agak garing, diikuti terung dan sayur kobis sehingga warna kekuningan.

3. Basuh beras seperti biasa, sukat air yang perlu untuk masak beras (mcm masak nasi biasa, nasihat saya lebihkan sedikit air supaya tak terlalu kering), asingkan air yang telah disukat tadi ke dalam bekas lain.

4. Asingkan  beras yang telah dibasuh tadi.

5. Campurkan air yang telah disukat untuk masak nasi tadi bersama rempah beriyani, buah pelaga, bunga lawang, kayu manis,garam,kismis & gajus.

6. Susun bahan-bahan yang telah digoreng tadi ke dalam periuk (i'm using rice cooker je). Susun kentang dahulu, diikuti terung, kobis dan seterusnya susun ayam goreng.

7. Taburkan beras yang telah dibasuh tadi ke dalam periuk, tabur rata-rata (periuk akan jadi penuh sikit)

8. Masukkan air yang telah dicampur dengan rempah tadi ke dalam periuk dan tanakkan atas api sehingga masak.

9. Bila tengah masak nanti satu rumah bau nasi ni harummm sgt. Bila dah masak, terbalikkan periuk ke atas dulang. (pakai pinggan pun boleh tapi make sure pinggan besar). Memang akan ada kentang dan terung melekat kat periuk tu, korek je jangan buang sayang. Siap dan sedia untuk dimakan.



maqlubah sebelum dimasak

maqlubah sebelum diterbalikkan

dah siap..saya deco dgn tomato sebagai penambah selera :)


Nasi Maqlubah ni boleh dimakan pelbagai cara..nak makan dgn ayam kari ke, masak merah ke..
Ikut sukalah.. tapi saya makan dengan Khudar..
Khudar adalah salah satu resepi yang berasaskan tomato..
Saya suka sebab bahan-bahannya sgtlah berkhasiat..sesuai untuk orang yang selalu je sakit mcm saya :D
Resepi saya dapat dari Mesra.net.


Khudar

 
Bahan-Bahan:

1 biji bawang besar atau 3 biji bawang kecil
2 ulas bawang putih
5 biji tomato masak yg lembik-lembik - diblender dengan air sehingga hancur.
4 biji kentang dipotong besar besar
4 batang carrot dipotong dadu (saya tak masuk pun sebab lupa beli)
2 sudu teh lada hitam
1/2 ekor ayam (bahagian dada) di goreng 5 minit
garam secukup rasa

Caranya :

1. Tumis bawang putih dan merah sehingga kekuningan

2. Masukan tomato yang telah diblender Biarkan mendidih seketika masukan kentang dan carrot setelah hampir empuk masukan ayam tutup periuk reneh seketika sehingga kentang betul betul empuk masukan lada hitam dan garam secukup rasa biarkan seketika tutup api.
3. Siap untuk dihidangkan.

Tambahan :
Masakan ini boleh dibuat tanpa menggunakan ayam atau daging.



khudar ketika masih di dlm periuk

Khudar sgt sedap dimakan dengan Nasi Maqlubah


Kami makan bersila je atas lantai sebab nak dptkan 'feel' mcm kat Arab..hehehe..
Saya buat lebih sebab nak bawak bekal ke ofis harini & untuk husband.
Cubalah.. sedap gila weh :8)





*Argentina dah kalah dah.. nak sokong german lah pulak. :D