Tuesday, May 11, 2010

melayu kita

Sudah jadi kebiasaan..
Bila hari Sabtu je, saya dan suami akan bercerita apa saja setiap kali kami habis breakfast..
Maklumlah 5 hari tak jumpa..
Macam-macam benda yang kami nak bualkan..

Haritu lepas dah kenyang isi perut..
Kami bercerita tentang angan-angan utk buat bisnes sendiri..
Sampailah ke satu part..
Yang mana saya syok sgt dengar..
Suami bercerita tentang gerai goreng pisang kat taman rumah kami..
Dalam taman ni mmg byk gerai goreng pisang..
Jual dekat-dekat je pulak tu..sebelah-menyebelah je..

Salah seorang kawan husband ni jenis orang yang boleh nampak benda-benda halus ni..
Dalam erti kata lain ada kuasa mistik mcm tulah..
Satu petang, diorang nak pi beli goreng pisang kat salah satu kedai ni..
Tapi pelik, satu kedai ni ramai sgt orang..
Kedai yang sebelah ni takde orang pun..
Kawan husband terus ajak pergi kat kedai yang takde org..
Husband ckp masa nak masuk kedai tu rasa benci dan menyampah je tgk makcik kedai tu..
Tapi, diorang teruskan jugak sebab kedai sebelah tu ramai sgt orang..
Then, kwn husband nampak byk sgt jarum-jarum dan paku kat kedai makcik ni..
Paku & jarum-jarum tu terlalu byk bersepah bukan je atas meja, dlm goreng pisang pun ada jarum..

So, kawan husband ni tanya pada makcik kedai ni..
Dan nasihatkan supaya pergilah jumpa dgn orang yang boleh buang benda-benda tak elok mcm tu..
Makcik ni tak tahu pun benda-benda tu jadi kat kedai dia..yerlah dia bukan nampak pun..
Bukan nak menuduh,tapi kebiasaanya perkara mcm ni selalu sgt terjadi di kalangan mereka yang berniaga..

Di rumah saya sendiri, jiran saya terpaksa tutup kedai sebab abg kandung sendiri dah tanam sesuatu yang tak elok utk tutup periuk nasi adik dia sendiri..
Padahal si abg dah ada kedai runcit, dan betul-betul sebelah kedai si adik..

Saya jugak byk dpt email-email beritahu tentang kedai-kedai yang pki pelaris semata-mata nak tarik pelanggan..siap bagi nama restoran lagi..
Yang letak pad wanita, yang letak spender perempuan, yang letak bra..
Kalau saya sebut, mesti ramai yang tak makan satay dah lepas ni..
Tapi ntah betul ntah tidak cerita tu saya pun tak tahu..

Tak boleh ke berniaga secara halal..
Nak bagi orang makan benda-benda mcm tu..
Itu kan jadi darah daging..
Tak takut ke tanggung dosa nanti..

Maaf cakap, tapi tradisi ini mmg berlaku dalam masyarakat Melayu kita..
Lepas ni kalau nak jual goreng pisang ke, nak jual nasi lemak kukus ayam dara ke..
Kena letak signboard "Tolong Jangan Sihir Kedai Kami" kot..

Janganlah buat mcm tu..tak baik.
Bukan ke sama-sama cari rezeki?

cuba bayangkan tengah-tengah sedap makan jumpa benda ni.. eeeeeee


19 comments:

Ezzah said...

euwww..jahat la manusia mcm nih! tp org cakapa...dalam duania perniagaan, benda2 mcm nih mmg bnyk berlaku.

ehh..awk tau x restoran zaman kat KTN. ada yg ckp kat situ pun sama..letak menda2 kotor sbb tuh laku kemainnnn...

wallahualam...itu org cakap.

p/s : oittt...gue rindu sama kamu! :)

fizamior said...

Erm... memang dah biasa dengar... tapi tak baiklah buat mcm tu kan..dgn darah daging sendiri pun nak mendengki... apa kes?????
mintak dijauhkan....

"MULAN" said...

tu la kalau hasad dengki melebihi segalanya..

tapi kitorang suka pergi kedai takde org sbb cepat.. satay sedap yg pasar malam.. kat kerteh ni mana nk cari kedai2 makan yg tersohor. hehehehe..

Lady of Leisure said...

ohhh tidakkkkkkkkk... tak sanggup rasanya... kenapa ada orang yang sanggup aniaya orang lain ek... tak berkat kalau berniaga dapat duit ngan cara tu kan..

III bDkNaKaL III said...

i'm agreed faten...malay people yg slalu wt bnd² xelok cm 2...PHD menebal sgt..

~~zaa~~ said...

benda yang paling menakutkan bila nak berbisnes...


come on la melayu...berniaga la secara halal..

:)

Jun said...

hmmm...sian kan kt org yg susah payah cr rezeki..org wat x elok plak...dah berzaman penyakit dengki ni..dosa x hengat..isk3...

ct_nurmarlissaa said...

hi dear...aderr...award dr blog i...sudi2kan lahh yerr...

fatenton said...

ezah,
tak tau la restoran tu kat belah mana..
eeee gelinyee..kembang tekak :D

mish u 2,3,4 :)

fatenton said...

fizamior,
nak buat mcmane fiza,sekarang ni mmg berlaku benda2 mcm ni.. nak makan luar pun susah kan..

fatenton said...

mulan,
satay pasar malam kat rumah saya tak sedap..
tu mesti confirm tak pki pelaris :D

fatenton said...

lady,
betul.. tak berkat dilaknat tuhan berdosa besar!

fatenton said...

aina,
PHD mmg melekat dlm diri org melayu..

fatenton said...

zaa,
sb tu melayu susah nak maju kan..

eynda said...

Hhmm...tak disangkal lagi memang masyarakat melayu macam tu....mama akak pernah ada pengalaman masa dia buat bisnes makan2 dulu...sebab dia yg masak so direct kat dia la kena...kesian tau...jatuh sakit sampat tak boleh berjalan...kena mengesot...pas tu jadi tak reti memasak padahal mama akak kalau apa-apa pun memang orang akan ambik catering dari dia...benda yg dia terrer masak dia jadi tak ingat resepi even nak goreng bihun pun dah tak tau bahan!!Last2 pegi berubat & mama akak pindah terus dari kawasan perumahan tu ..alhamdulillah ambik masa gak nak pulih...teruk kan...Allah saje yg boleh balas manusia kejam macam tu...

Bila faten cakap pasal satay naper la akak asyik terbayang satay yg femes kat selangor tu ye :-p

Madamme Anne said...

ezzah: itu mitos semata2 la.. jgn percaya... restoran tu ramai org datang sbb makanan dia sedap n servis cepat.. susah nak cari kedai yg kul 6 pg dah bukak.. dia je yg rajin.. tp kadang2 tu ada gak peniaga ni, modal x cukup, makanan x sedap, servis teruk.. bile x laku kata kena buat dek orang.. selalu gak jumpe org yg mcm tu... ish..ish..ishkk

:: LadyVerde + Mr.Doc :: said...

erghhhh so true kannnn..
ive heard about it aswell...

for me rezeki tue ALLAH dah tentukan...
if nak main kotor just be prepared of the consequences later on
:)

DaZzlingLilLy said...

benda2 macam ni mmg banyak berlaku..tambah2 di kalangan melayu sesama melayu..kdg2 pikir mcm tak logik,tapi sebenarnya mmg wujud benda2 camtu..untung kawan husband u sebab allah bagi dia kelebihan..so blh la tlg mana2 yg patut

CikChelsea said...

memang tak dinafikan, sgt menyedihkan budaya hasad dengki nih jd amalan 'org kita'. ada yg sampai berbalas2an, kau buat aku...aku buat kau balik.

syaiton pon gelak tgk anak2 adam kelakuan saling tak tumpah mcm dorang. haih