Friday, May 28, 2010

Backpackers Getaway!

Happy Saturday all..
Saya seorang diri sekarang ni, husband ada job di luar..
Saya rasa boring jadi saya nak update blog..  :)

Last week, i went to Terengganu for 10 days for my holiday..
Saya sampai di Kuantan lebih kurang pukul 11 mlm.. flight delay lebih kurang 10 minit mcm tu..
Kalaulah saya tau dekat kerteh ada airport, takdelah saya mintak husband ambik kat kuantan..
Jauh rupanya lebih kurang sejam setengah jugak dari kuantan untuk ke Kijal..
And we stayed at Awana Kijal sebab husband mmg dah ada keje kat situ.
Awana Kijal tak best ponnnn ;p

Day 1

Dari Awana, kami mulakan perjalanan ke Kuala Terengganu..
Tapi saya dah pesan dengan husband awal-awal nak singgah Pantai Kemasik..
Tak jauh pun lebih kurang 15 minit je dari Awana..
Pantainye sgt cantik.. saya tau tempat ni sebab tgk facebook Syarifah Nur pengacara Nasi Lemak Kopi O tu..
Tapi mak aiii..panas yang amat..

pantai kemasik

Perjalanan kami diteruskan sampai kat Kerteh lebih kurang dekat pukul 1..
Masa tu perut saya dah berdondang sayang mintak diisi..
Kebetulan masa tu hari Jumaat, nak makan takut tak sempat sebab org lelaki kan kena solat jumaat..
So, kami singgah tapau McD then berenti makan depan masjid..trust me it was fun! :D

Sepanjang perjalanan ke KT, saya asyik cari keropok lekor je..
Saya memang hantu keropok lekor..
Dari dulu lagi kalau mummy beli mesti saya je yang makan banyak..
Mulanya ingat nak pergi Losong..
Tapi dlm perjalanan jumpa kedai keropok lekor..
Terus beli, tapi menyesal sebab tak sedap!

Sampai KT lebih kurang pukul 3 ptg..
Terus check in bilik di Seaview Hotel..
Saya memang sengaja pilih budget hotel sebab konsep kali ini adalah konsep budget holiday :)
Bilik di Seaview boleh tahan ok, dgn harga RM85 satu malam, dah kira ok sgt bagi kami..
Dan yang paling best terletak betul-betul tepi Istana Maziah..

Malam tu kami pergi jalan-jalan di Dataran Syahbandar sebab ada pasar malam..
Then untuk dinner, kami singgah di First Station Coffee Shop dekat area situ jugak..
Saya makan asam laksa dan husband makan fried kuew teow..
Rasanya food dia lebih kurang sama je dgn restoran lain..
Tapi air yang kami pilih tu yang saya nak share..
Sgt-sgt sedap.. saya tak igt nama air tu tapi die lebih kurang Dragon Fruit Vanilla Shake..
Kalau singgah sini jgn tak try ok..rugi.

bukan saja rasanya yang sedap tapi rupanya pun sgt comelkan?kaler pink lagi~

Then, kami balik bilik & terus zzzzzzzz..


Day 2

Esok paginya saya ajak husband pergi Pantai Batu Burok..
Kat situ ada A&W..ingatkan nak breakfast kat situ sekali tutup daaaa..igtkan 24 jam..
Saya pun tak tau kenapa pagi-pagi tekak i jadi western pulak :8)
Tukar plan, kami breakfast nasi kerabu dan nasi lemak..
Takde beza pun dengan nasi kerabu yang saya selalu makan dekat KL..
Cuma saya teruja sikit bila tgk nasi lemak dia warna pink..
Tapi tak sempat tgkp gbr husband dah bantai dulu.

Perjalanan kami diteruskan ke Losong..
Yeaaaa finally dpt jugak saya pergi kedai keropok sedap!
Thanks to  garmin, akhirnya kami spi kat kedai tu betul-betul time lunch hour..
And yup i can eat them without anything else..hihihi
Nama kedai tu Keropok Lekor Kak Yah..
Saya tau kedai ni pun sebab kawan saya Ikma pernah bawak saya dtg sini..
Masa tu beli tapau je then makan dalam kereta..
Tapi, kali ni kami makan kat kedai tu terus..kat situ siap ada kerusi dgn meja makan lagi disediakan..
Kebetulan hujan, order keropok RM3 dengan milo panas memang layannnnn..
Saya nak order lagi tapi perut dah penuh..
So, saya pesan pada husband sebelum balik nanti singgah sini balik tau nak makan lagi.. :D


Kedai Kak Yah di Kg Losong Haji Su


Bila perut dah kenyang, kami teruskan perjalanan ke destinasi sebenar kami iaitu Kuala Besut..
Dari KT nak ke Kuala Besut ambil masa lebih kurang satu jam setengah jugak..
Tapi sepanjang perjalanan saya tak boring langsung..
Sepanjang perjalanan kami ditemani dengan pemandangan laut yang sungguh cantik..
Dari dalam kereta dah nampak air laut warna biru kehijauan.. subhanallah cantik sgt..

Niat hati saya nak singgah di Aryani Resort..
Dari dulu saya teringin nak pergi situ sebab resort dan pemandangannya yang cantik..
Tapi sebab husband bwk laju dah terlepas dah jalan nak ke Aryani tu..
So, lupakan jelah..maybe next time.

Sampai Kuala Besut, checked in dulu kat hotel sambil rehatkan badan..
Kami stay di Nan Hotel.. terletak di betul-betul depan jeti K.Besut..
Harga bilik untuk fan room cuma RM45 je..
Tapi, saya tak berapa kenan sgt.. bilik besar tapi toilet dia masuk sebelah kaki je dah sempit!
Untuk yang nak pergi nanti, boleh try Samudera Hotel..nampak lagi cantik je hotel tu..
Untuk ke Pulau Perhentian, saya booked through Anjung Holiday, so kena pergi ofis diorang dulu untuk collect tiket and voucher and ada sedikit briefing..

Dekat jeti K.Besut tu ada kedai jual souvenir, pario, t-shirt dan mcm-mcm lagilah..
Saya sempat shopping fridge magnet sebagai souvenir utk diri sendiri, family dan kawan-kawan..
Kalau nak beli, beli kat jeti sebab harga dekat pulau nanti tersangatlah mahal..
Then, dekat hujung jeti tu ada taman untuk orang lepak-lepak..
Kat situ kedai makan byk, so takde masalah untuk cari makanan..
Perut masih kenyang jadi kami hanya lepak sambil tengok orang menjala ikan..
Seronok.. :)


                                         
gbr ni saya edit sendiri pakai Lightroom.. cantik jugakkan? heheh
   
                                         
saya tak tau apa nama kampung ni, tapi saya tau kampung mereka sgt indah.tengok pakcik ni jala ikan depan rumah aje.


Untuk dinner, kami keluar ke bandar K.Besut..
Masa  otw ke jeti tadi nampak satu restoran ni sgt cantik..
So, kami pilih utk isi perut kat situ..
Nama restoran tu Anjung Bahtera..
Kami order Ikan Siakap masak Lime Stim, cendawan goreng, sup sayur & air tembikai..
Semua sedap kecuali cendawan goreng.. tak sedap sebab byk tepung tapi tak rangup.
But still, saya masih boleh  recommend utk dtg makan kat sini :)


                                                     
     restoran anjung bahtera

                                         
dekat depan restoran ni ada deco mini cooper warna kuning, cute.


Malam-malam kedai dekat jeti K.Besut dah tutup..
So bila malam tempat tu dah jadi sunyi..
Mata pun dah mengantuk, kami terus zzzzzzz.


Off topik, tak sedar dah pukul 3 tapi saya masih tak mandi & tak lunch lagi.. nanti saya sambung lagi ye.. byee


Thursday, May 27, 2010

My Real Life

My life back to reality..
Badan saya masih rasa terapung-apung..
Kulit saya terbakar teruk.. pedih!

But i dont give a shit.. what a wonderful moment i had at perhentian island..
Life without works, life without calls, life without everything..
Except me, my husband & ikan-ikan yang comel-comel..
How i wish i can stay there forever.. HAVEN!

Nanti saya cerita lagi ye..
Malam tadi baru sampai rumah..
Banyak keje lagi nak buat, baju kotor pun tak habis basuh lagi..
Dan badan masih rasa penattttttttt sgt2..

Later.. good day everyone! XoXo


model hidung kembang semangkuk


Wednesday, May 19, 2010

away for getaway


Finally..
Akhirnya hari Khamis datang jugak.. :)

Tonight i'm going to meet my husband at Kuantan..
Husband ada job di Kijal since hari isnin lagi, so saya dengan kaki yang panjang akan menyusul ke sana..
Kebetulan, kami mmg dah lama planning untuk berhoneymoon lagi..
So inilah peluangnya.. husband pun bukan senang dpt cuti..

I'll be away for my getaway.. and i'll see you guys in the next 2 weeks..
Nanti saya balik saya akan jenguk blog kawan-kawan ye..
And have a nice day everyone!
My love is waiting for me.


Love,
Fatenton


tak sabarnye nak menggedik di sini sambil skodeng orang pakai bikini.. hihihihi



*mood nak update blog jatuh merundum minggu ni.Badan je kat sini, hati dah sampai sana kot!


Sunday, May 16, 2010

Moist Chocolate Cupcakes

Khamis lepas saya buatkan cupcakes untuk my sis Farahgoblog..
Dia sangat suka makan kek coklat..
Apa je yang berkaitan dengan coklat dia suka..
Ini bukan first time saya buat cupcakes coklat..
Tapi saya tukar topping menggunakan coklat masakan..
Topping cupcakes jadi lebih keras dan nampak lebih cantik..
Saya jugak tambah chocolate chips kat dalam cupcakes..
So rasanya lebih sedap and moist..

Penat mmg penat sebab balik je dari kerja terus buat..
Tapi penat tu sgt berbaloi bila semua cakap sedap..
Mmg sedap pun.. tak salahkan puji diri sendiri..hihihih

Bagi yang nak try, cubalah..tak susah pun..senang je sebab bahan-bahannya pun simple.. Good luck :)

Moist Chocolate Cupcakes

Bahan-bahan:

250 gm butter/1 buku
300gm gula halus
220gm tepungkek/superfine flour
5 biji telor
60gm serbuk coklat
1 sudu kecik baking pwder
1/2 sudu kecik baking soda
5 sudu besar susu kotak coklat

Cara-caranya:

  • Pukul butter dan gula sampai kembang(5-8minit)
  • Masuk telor satu persatu dan  pukul sampai rata lebih kurang satu minit
  • Masukkan baking pwder dan baking soda yg dah ditapis(jgn bagi berketul2)
  • Mixed semua adunan pakai kelajuan tinggi (no 5) then, slowkan mixer ( no 1) baru masukkan tepung sedikit demi sedikit
  • Masukkan coklat powder dan  kacau
  • Masukkan 5 sudu bsr susu coklat (sblum tu panaskan oven 200 c/10-12minit..bila nak bakar turunkan suhu (150c atau 180c selama 25 minit)
  • Tekan dgn lidi/garfu kalau lidi licin maknanya dah masak
  • Tuang adunan dlm cup ..tuang sampai setengah atau kurangkan sedikit.
topping coklat

1 cawan susu cair
1 cwn gula
1/2 cwn coklat pwder
1 kotak kecik susu coklat(dutch lady/magnolia etc)
1/4 tepung jagung

*blend dalam blender..masak dengan api perlahan dan kacau jgn berenti sampai jadi likat. Sapukan atas cupcake yang dah siap dibakar.


Kalau nak lagi cantik buatlah deco sikit, mcm saya letak M&M je dah nampak cute.

Selamat mencuba :)



 *happy birthday gedik.. aku penat buatkan kau cupcakes ni..harap maklum.


Tuesday, May 11, 2010

melayu kita

Sudah jadi kebiasaan..
Bila hari Sabtu je, saya dan suami akan bercerita apa saja setiap kali kami habis breakfast..
Maklumlah 5 hari tak jumpa..
Macam-macam benda yang kami nak bualkan..

Haritu lepas dah kenyang isi perut..
Kami bercerita tentang angan-angan utk buat bisnes sendiri..
Sampailah ke satu part..
Yang mana saya syok sgt dengar..
Suami bercerita tentang gerai goreng pisang kat taman rumah kami..
Dalam taman ni mmg byk gerai goreng pisang..
Jual dekat-dekat je pulak tu..sebelah-menyebelah je..

Salah seorang kawan husband ni jenis orang yang boleh nampak benda-benda halus ni..
Dalam erti kata lain ada kuasa mistik mcm tulah..
Satu petang, diorang nak pi beli goreng pisang kat salah satu kedai ni..
Tapi pelik, satu kedai ni ramai sgt orang..
Kedai yang sebelah ni takde orang pun..
Kawan husband terus ajak pergi kat kedai yang takde org..
Husband ckp masa nak masuk kedai tu rasa benci dan menyampah je tgk makcik kedai tu..
Tapi, diorang teruskan jugak sebab kedai sebelah tu ramai sgt orang..
Then, kwn husband nampak byk sgt jarum-jarum dan paku kat kedai makcik ni..
Paku & jarum-jarum tu terlalu byk bersepah bukan je atas meja, dlm goreng pisang pun ada jarum..

So, kawan husband ni tanya pada makcik kedai ni..
Dan nasihatkan supaya pergilah jumpa dgn orang yang boleh buang benda-benda tak elok mcm tu..
Makcik ni tak tahu pun benda-benda tu jadi kat kedai dia..yerlah dia bukan nampak pun..
Bukan nak menuduh,tapi kebiasaanya perkara mcm ni selalu sgt terjadi di kalangan mereka yang berniaga..

Di rumah saya sendiri, jiran saya terpaksa tutup kedai sebab abg kandung sendiri dah tanam sesuatu yang tak elok utk tutup periuk nasi adik dia sendiri..
Padahal si abg dah ada kedai runcit, dan betul-betul sebelah kedai si adik..

Saya jugak byk dpt email-email beritahu tentang kedai-kedai yang pki pelaris semata-mata nak tarik pelanggan..siap bagi nama restoran lagi..
Yang letak pad wanita, yang letak spender perempuan, yang letak bra..
Kalau saya sebut, mesti ramai yang tak makan satay dah lepas ni..
Tapi ntah betul ntah tidak cerita tu saya pun tak tahu..

Tak boleh ke berniaga secara halal..
Nak bagi orang makan benda-benda mcm tu..
Itu kan jadi darah daging..
Tak takut ke tanggung dosa nanti..

Maaf cakap, tapi tradisi ini mmg berlaku dalam masyarakat Melayu kita..
Lepas ni kalau nak jual goreng pisang ke, nak jual nasi lemak kukus ayam dara ke..
Kena letak signboard "Tolong Jangan Sihir Kedai Kami" kot..

Janganlah buat mcm tu..tak baik.
Bukan ke sama-sama cari rezeki?

cuba bayangkan tengah-tengah sedap makan jumpa benda ni.. eeeeeee


Tuesday night

Saya tak tahu nak bagi tajuk apa.

Now,
I'm enjoying myself with La Cremeria Chocolate Obsession..
Rasa nak makan something yang sejuk..
Eh betui ke org ckp makan coklat boleh tumbuh jerawat?
Tapi saya akan jawab, tak makan pun tumbuh jugak.

Malaysia sekarang sgt panaskan..
Saya tak tau sebab apa..
Adakah sebab ada kaitan dengan suntikan Lucrin yang saya ambik haritu..
Ataupun sememangnya negara kita ni dah semakin panas..
Malam-malam nak tido saya rasa mcm nak naked je..
Sungguh, saya sgt tak tahan..

Hari ini saya masuk ofis awal gila..
Pukul 7.15 dah sampai..
Tapi rupenye partner in crime saya lagi awal rupenye..
Saya tak tahu apa yang tak kena hari ini..
Semua benda yang saya buat ada je tak betul..
Bos bagi kerja, saya ambil masa yang lama utk siapkan..
Otak jadi blur.. maybe sebab masih dlm mood biru..
Lastly, lain yang disuruh lain yang saya buat..
Bos cakap, "Aku cubit kau kang"..
Cubitlah kalau berani..

Apa yang tak kena ye..mati kutu dibuatnya.

Hari jumaat lambat lagi.. hmmmm

I Love both of them

Hye all..
How was your mother celebration?
Tahun ini, saya tak dapat cium pipi mummy pagi-pagi sambil wish 'Happy Mothers Day'..
Ikut turn kat rumah MIL..
Tapi takpe, wish via phone pun dah cukup bermakna..

Weekend haritu saya masakkan nasi tomato, ayam madu & dalca sayur utk suami..
First time try buat, saya rasa bangga sebab sedap..
Ingatkan nak bawak utk MIL sekali..
Tapi habis licin kami kerjakan, so saya buatkan pancake malaysia je utk MIL..
Pancake sempena Hari Ibu..hehee
Cecah dgn dalca sayur yang ada lebih sikit lagi..
My MIL bangun tengah-tengah malam sebab nak makan..oh terharu sungguh..
Dan lagi terharu bila dia puji sedap :8)
Bagi can saya kembang bontot ye sebab saya sebenarnye mmg sgt tak pandai masak sebelum ni.
Resepi semua boleh dapat kat blog ummi ye.

Alhamdulilah..
Saya sgt bersyukur sebab hubungan dengan keluarga suami sangat baik..
Lebih-lebih lagi dengan MIL..
Sebelum kahwin, memang saya risau..mcm2 benda saya fikir..
Sebab mcm-mcm cerita saya dengar pasal ibu mertua tak suka menantu ni..
Nasib saya baik, sebab saya tak merasai itu semua..
Harap hubungan ini kekal bahagia spi  bila-bila..

Mummy & MIL ibu terbaik di dunia ini..

And untuk mummy, saya belanja makan nasi campur..oklah tu kan hehe

Thursday, May 6, 2010

Entry for BFF


Last night pae did his editing for Farah's prewedd pics until 4 in the morning.. degilkan suami saya..saya dah beritahu awal-awal 'pukul 12 is your cut off time ye sayang'..

Farah is one my best friend..she was my roomate when we were studying at kuantan few years ago.. and she knows me well.. kami satu kepala dan sama-sama kuat makan.. hihihi

Aku happy kau dah nak kawin weh.. looking forward to see you on your wedding dress.. mesti comel :) 

And the pictures are so sweet..just like both of them.. Kudo!

Happy weekend everyone..and tak lupa pada semua ibu-ibu, Happy Mothers Day..
And of course, Happy Mothers Day Puan Ruhani Abdul Ghani.. adik sayang mak more than everything.. dunia dan akhirat  :-*


 
P/s: Its FRIDAY..yeaaaaaa



5th monthlyversary


Today is 6th of May..
Alhamdulilah.. we've been together for 5  months already..
5 bulan rasa macam baru 5 hari..
Masih jauh lagi perjalanan kami.. 
Walaupun saya masih terkilan, becoz am still here..apart from him..
Tapi takpe, kemanisan tetap terasa bila berjumpa hanya di hujung minggu.. 
Ntah-ntah lebih manis dari yang biasa..
I'm so glad to be a wife..
Tiada yang lebih indah dari itu..

Sometimes,
Saya pelik kenapa mesti ada kecurangan bila sudah berumahtangga..
Saya jijik dengan mereka yang bukan main mesra di depan, tapi belakang..flirting with someone else!
Hipokrit!
Saya jijik dengan alasan 'kawan aje'..
Sungguh saya tak hormat manusia mcm ni..
Takde istilah kawan aje bagi saya kalau sudah siang malam pun asyik bertanya khabar..
Sudah ada yang halal di sisi..
Sudahlah..cukup-cukuplah..
Anak sudah berderet..masih cakap tak cinta..masih cakap tak bahagia..
Uweekkkk..
Hmmm zaman sekarang ni lelaki ke perempuan ke sama je..

Saya juga bukan manusia yang baik dan sempurna..
Tapi semestinya saya sentiasa beringat..
Ini semua pinjaman saje.. sampai bila nak seronok je keje?
Senang je kalau nak hidup bahagia..
Iman kena ada..
Kalau ada iman, insyaallah semua nampak mudah je depan mata..

Harap-harap suami akan jaga saya sampai bila-bila..
Semai cinta nan satu ini sampai ke hujung nyawa :)


*Adamaya punye penangan la ni..


Tuesday, May 4, 2010

Tag from Kak Juliana

TAG: Nak tau apa dalam bag saya? wah saya rasa mcm artis  pulak.


Barang fatenton biasa-biasa saje ye kak jue.. takpelah faten jawab mana yang boleh ye.. :)


I bought this bag when i went to Singapore last 2 years.. and it is from Charles & Keith.. i'm still using it until now..senang and yet looks glamorous all the way.




Saya tak suka bawak barang byk-byk..berat buat sakit bahu je.. 
As usual, barang-barang yang biasanya saya akan bwk for my weekdays rasanya mcm orang lain jugaklah..
My kunci kereta, kunci rumah, purse,cellphone,compact powder,lip balm, body lotion and last but not least, dah nama pun org sakit mesti ada ubat segala.

But if weekend, kalau nak berjalan-jalan saya akan bawk tisu, shades, perfumes & mineral water.
Actually, i'm more to oversized bag.. :)

Ok, now saya nak tag :
1. Eyza
2. Farahgoblog
3. Kak iena kaki suka berjalan
4. Lady of leisure
5. TK

dan lain-lainlah.. feel free utk buat ye..

love,
fatenton

Tag from TK

Adakah anda mempunyai lesen memandu? (Do you have a driving licence?)
Yup.. mula-mula saya agak penakut sikit..tapi lepas sebulan dua i'm driving like hell!

Bilakah anda mengambil lesen memandu? (When did you get your driving licence?)
2005 right after my graduation year.

Berapa lamakah pengalaman memandu anda? ( years of experience in driving?)
Sejak dari 2005 sampai lah sekarang..alhamdulilah saya belum pernah accident lagi. Mintak dijauhkan.

Pengalaman pahit ketika memandu?( any bad experience?? )
Pernah kena kejar dengan mamat naik kereta Honda hitam.. dia hon saya sepanjang jalan sampai betul-betul depan Muzium Negara.. i was totally terrified, tapi disebabkan perasaan nak tau kenapa,tayar pancit ke, saya langgar kereta dia ke, saya beranikan diri untuk berhenti kat tepi jalan..
Then, dia parked betul-betul depan kereta saya..saya turunkan sikit tingkap cermin, tanya dia kenapa..
Dia jawab, dia nak berkenalan dengan saya.. orang gila!

Pengalaman manis? ( Any good/memorable experience??)
Bila traffic tak jammed langsung.

3 tabiat ketika memandu? (3 habits while driving )
- Suka makan & minum sambil driving.
- Kalau dengar radio mesti senyum sorang-sorang.
- Suka menari tak pasal-pasal kalau dengar lagu best.

3 pantang time i memandu bila? (3 things you dislike )
-ikut belakang kereta yang alahai mcm tgh  bercinta je dlm tu!
-ikut belakang lori atau bas.
-paling saya tak suka, ikut belakang trak askar..eeee tak suka!

Sunday, May 2, 2010

dunia atau manusia?

Semakin hari semakin byk cerita yang saya tengok, saya lihat & saya dengar..
Membuatkan saya semakin takut untuk keluar rumah, tapi keluar jugak..
Membuatkan saya semakin takut untuk tido malam, tapi tido jugak..

Semalam, satu banner besar tergantung di kawasan taman perumahan saya..
Banner yang berbunyi "Kejadian Pecah Rumah Semakin Berleluasa"..

Baru seminggu lepas, jiran saya yang sedang menyapu sampah di hadapan rumah..
Disamun oleh lima lelaki yang kononnya naik BMW..
Makcik tu tak sempat nak tutup gate, dah kena terjah dengan 5 jahanam ni..
Itulah makcik, sapa suruh sapu sampah pakai rantai dgn gelang emas tu.. kan dah..
Mummy cakap, kejadian berlaku pada pukul 8.30 pagi ye..ye pagi masa orang tgh sibuk pergi kerja!

Saya risau..mummy selalu keluar depan rumah sapu sampah..
Mummy selalu keluar depan rumah buang sampah..
Mummy selalu keluar depan rumah jirus bunga..
Saya pesan pada mummy jangan keluar-keluar..
Tapi kalau tak keluar mcamane??

Yang masuk time malam-malam buta time orang tengah sedap tido lain pulak cerita..
Habis tu bila masa  yang selamatnya??
Duduk dalam rumah sendiri pun rasa tak selamat..
Dekat luar sana apatah lagi..

Kenapa dengan dunia sekarang ni?
Kes buang anak, kes H1N1, kes kena ragut, kes kena rogol..
Lepas ni apa pulak lagi??

Kenapa dunia semakin kejam ye?
Dunia? ke Manusia?


Saya rasa setiap rumah sekarang ni sekurang-kurangnya perlu ada Katana.