Tuesday, June 8, 2010

Backpackers Getaway Part III

Day 4

Pagi ni kami ada snorkeling trip di 5 spot..
Antaranya 3 Ruang, Shark Point, Turtle Point, Air Berani dan lagi satu tempat tu saya tak ingat nama dia..
Boatman ambik kami di hotel lebih kurang pukul 10 pagi..
Cuaca masa tu sangat ok, lagi panas lagi bagus sebab air laut akan jadi lebih jernih..

Mulanya saya rasa mual..
Maybe sebab pagi lagi, perut pun sekadar dialas dengan biskut tiger je..
So angin naik sampai kepala..
Tapi saya ignore benda tu semua sebab kalau tak snorkeling sgtlah rugi..
At the first spot di 3 Ruang, saya jumpa ikan sebesar budak 5 tahun..
Nasib baik saya tak cepat panik.. and ikan tu pun bukanlah ikan liar..
Dia mcm dah biasa dengan kehadiran manusia so saya tengok dia pun relaks je..

Yang paling best sekali masa di Shark Point & Turtle Point..
Masa di Shark Point saya agak takut untuk terjun dalam air..
Saya dah pesan pada husband kalau takde orang lain jangan turun tau..
Tapi sebab ramai orang lain, kami beranikan diri untuk turun dan nampak 3 ekor shark besar lebih kurang 6 kaki mcm tu di sekeliling kami..
Walaupun shark tu jinak tapi dlm hati tak putus-putus baca doa mintak dijauhkan benda tak elok..

Masa di Turtle Point, agak lama jugak menunggu penyu nak datang..maybe sebab bukan time dia kot..
Tapi nasib kami baik bila ada seekor penyu tgh berehat-rehat kat dasar laut..
Saya seronok tengok penyu tu berenang dari dasar naik ke atas..
Memang teruja sebab ini adalah first time saya dpt tgk live dari dlm laut..
Pesanan saya, kalau nak dtg nanti bawaklah underwater camera..


sebelum terjun kita bagi umpan dulu.. :)

Memang rasa menyesal tak bawak sebab keadaan dlm laut sungguh cantik..
Bayangkan ikan-ikan tu dtg  betulbetul dekat depan mata siap boleh pegang-pegang lagi..

Then, boatman bwk kami ke Air Berani..
Air Berani ni mcm air bukit..
Airnya sangat sejuk dan rasanya mcm air mineral..
Lepas tu kami terus dibawa ke Nelayan Village untuk lunch..
Jangan tak tahu kat tengah pulau tu ada balai polis sikit punye besar lagi..
Ada sekolah hospital, bangunan MARA..
Mati-mati saya ingatkan ianya hanyalah sebuah pulau semata-mata..
Rupanya ada penempatan kat sini..
And makan kat sini jauh lebih sedap dan lebih murah dari tempat lain..
Kami makan di kedai boatman kami sendiri.. MJ Restaurant..
Masa makan tu, husband borak dengan boatman.. saya dapat rasa kehidupan mereka di situ sgt simple..
Tapi, dalam masa 3 hari je diorang dah boleh dapat RM1000 hasil dari jadi boatman..
And tak pasal-pasal pulak husband terus cakap, 'kita duduk sini nak? u jadi waitress i jadi boatman'..


kampung nelayan

kat sini pun ada kentucky chicken tau

Lebih kurang pukul 3 boatman hantar kami balik ke hotel untuk rehat-rehat dulu..
Jam 4.30 ptg, saya booked dengan boatman kami yang bernama Pok Ja untuk bwk kami ke Wind Mil..
Saya tahu pasal Wind Mil ni pun sebab rajin baca forum Cari..
Kat situ ada byk info dari forumer yang pernah dtg ke sini..
Cuaca sgt panas, kulit kami habis sun burned.. dah hitam legam mcm arang kayu pun ada :p

Sampai je Wind Mil, saya ingat takdelah tinggi mana..
Rupanya memang jauh nun atas bukit..
Kami panjat anak tangga tu rasa mcm sedang mendaki Gunung Jerai..
Yang bestnya Pok Ja pun ikut kami naik sekali..
Semput jugaklah dibuatnya nak spi ke puncak tu..
Tapi Wind Mil tu belum berfungsi lagi..
Bila dah sampai atas, penat tadi rasa sgt berbaloi..
Cantik sungguh Pulau Perhentian bila tengok dari atas..


kat mana-mana pun saya rasa nak terjun je bila tgk air biru mcm ni

 
sebelum panjat tangga baik posing dulu nt dah peluh-peluh nak posing pun tak cantik

Pok Jaa

the view from the top of the hills.. cantikkan..

wind mil

Saya ingat nak lepak tunggu spi senja boleh tengok sunset, tapi masa tu baru pukul 6..
Kami turun dari Wind Mil, and ajak boatman bawakkan kami ke Long beach..
Saya teringin nak pergi Long Beach sebab ramai ckp kat situ happening dengan pub and ramai mat salleh..
Memang betul, keadaan kat situ betul-betul rasa mcm dekat oversea..
Yang ambik order kami pun mat salleh jugak..
Saya tak berapa suke sebab sgt crowded..
Long Beach tak sesuai untuk mereka yang dtg dgn family..
Untuk yang nak berholiday bwk anak-anak, perhentian besar is much-much better..
Masa di Long Beach kami jumpa Ronaldhino..ala pemain bola sepak Brazil tu..
Takdelah..kami jumpa beach boy yang mukenya sebijik mcm Ronaldhino..rambut pun sama.

long beach byk kedai makan
nampak tak Ronaldhino tengah main volleyball :D


Malam untuk dinner, kami dinner di Mama's Chalet..
Based on tripadvisor, diorang ckp food di Mama's ni sedap..
Tapi saya makan tak sedap pun..
Biasa-biasa aje.. food di Coral View lebih sedap..

Hari-hari berikutnya aktiviti kami seperti biasalah kalau tak snorkeling, lepak, makan..
Mulanya ingat nak ajak husband pegi Redang..
Redang dengan Perhentian tak jauh mana pun..
Tapi rasa mcm tak seronok pulak kalau pergi balik hari je..
So maybe next time insyaallah kami akan sampai jugak ke Redang..


i love the sunset.. romantik..

cute je die makan biskut tiger kan?


Last day di sini saya rasa berat hati je nak balik..
I had a very great time here..
Tapi nak tak nak kenalah balik jugak..
Bye-bye Perhentian.. i'm gonna mish ya much! :(
Otw balik Kl kami singgah Kedai Keropok Lekor Kak Yah sekali lagi..
Makan-makan kejap then beli sikit untuk orang-orang KL..
Then singgah lagi tangkap gambar tepi pantai di Kampung Kuala Abang..
Cantik betul pantai kat situ tapi tak boleh mandi sebab ombak kuat..


pantai kuala abang

Kami sampai KL lebih kurang jam 9 malam..
Letih jangan cakap..
But honestly, this is the best holiday ever.

*no attire rules when holiday.. :)




12 comments:

goblogbyfarah said...

apesal ko tak sewa underwater camera cam ienachik tu?

cik jijah said...

waaaa!! canteknya... i have been living in terengganu for almost 2 years now.. tapi still tak dapat peluang nak ke perhentian or redang..

SurayaHarris said...

my goodnesssss....mcm heaven on earth..mahu pergi juga..Harris cepat besar..=)

Lady of Leisure said...

cantiknya pantai air biru giler kan tapi faten nape tunjuk pic sipi2 jer nih heheheh

fatenton said...

farahgoblog,
sebab kat sini tak provided benda tu..rugi rugiii

fatenton said...

cik jijah,
really? terengganu is such a beautiful place.. takpe one day u pegi ye..

fatenton said...

suraya,
dear if u nak dtg sini bwk haris sekarang pun dah ok..but make sure not on public holiday nt rmi org..

fatenton said...

lady,
saje nak tiru lady lah! :D

malu nak tunjuk muka sb free hair :D

JUE said...

Cantik sgt2! on my list la lpas nih...hehehe.

TK said...

Cantiknya gambar you mengadap laut biru and tupai makan biskut tiger. Mahal pose tu!I loike!!

susudalambotol said...

nanti nak pergi holiday jugak!

yuzie said...

ohhhh kampungkuuu...