Lamanya tak update blog.
Hye all..lama tak bersembang kan? How's your ramadhan so far? Mine is great :)
Alhamdulilah..harini dah nak masuk hari ke-10 terakhir puasa pun kan..
Bulan puasa tahun ni agak berbeda sedikit..
First year sambut puasa bersama seorang yang bernama suami, memang tersgtlah best!
Bersahur, berpuasa dan bertarawikh..semuanya kami lakukan bersama-sama bila ada kesempatan..
Dan saya dapat rasakan, kehidupan kini menjadi jauh lebih baik daripada sebelum ni..
Insyaallah :)
Well, bulan puasa ni saya kurang gemor makan benda yang berat-berat sgt..
Tapi, saya sgt suka makan lompat tikam dan taufufa..
Kalau hari-hari buka dengan 2 benda ni je pun takpe.. sedappp
Setakat ni saya adalah try 2-3 menu baru utk berbuka, boleh tahan jugaklah sedapnye..hohoho :D
Apam Coklat
Saya dapat resepi ni dari kak ummi..
Mintak izin c&p ye ummi..thanks :)
APAM COKLAT
Bahan:- (kuranglebih 16 biji)
• 1 cawan tepung gandum
• 1/2 cawan gula
• 1/2 cawan susu pekat
• 1/2 cawan minyak masak
• 1/2 cawan air
• 1bj telur
• 1/2 sudu kecil soda bikarbonat
• 1 atau 2 sudu besar serbuk koko
Cara-Caranya:-
1. Panaskan pengukus yg berisi air hingga mendidih.
2. Mix semua bahan2 menggunakan mixer atau nak lebih mudah lg boleh gunakan blender.
3. Masukkan dlm acuan lompang dan kukus hingga masak lebih kurang 10 - 15 minit atau sampai masak.
* Saya tabur hirisan badam sebagai hiasan..tak tabur pun takpe..masih sedap bila makan..rasa mcm moist chocolate cake.
Puding Caramel
Resepi saya dapat dari Lady Of Leisure..
Mula-mula mcm tak berapa nak jadi, sebab masa nak cairkan gula tu die tetiba jadi keras kematu..
Then, bila 3 kali try baru jadi..
And my husband loves to eat this.. tapi tak boleh makan selalu nt kena kencing manis!
Puding Karamel
Bahan-bahan(untuk puding):-
5 biji telur
1 tin susu cair
1 tin air
8 sudu besar gula(secukup rasa la)
2 sudu kecil esen vanila
Bahan-bahan(untuk caramel):-
6-7 sudu besar gula
3-4 sudu air
Cara-cara:
1. Untuk caramel, masak gula di atas api sampai cair. Masukkan air dan kacau sampai gula jadi keperangan dan pekat skit. Tutup api dan tuang dalam bekas yang nak dipakai untuk mengukus.
2. Untuk puding, satukan kesemua bahan untuk membuat puding hingga sebati. Tapis dan tuang ke dalam bekas kukusan yang dituang caramel tadi. Panaskan kukusan dan kukus selama 30 minit. Bila dah masak, boleh disejukkan sebab lebih sedap mkn masa sejuk.
TIPS: Puding ni agak lembik, kalau nak keraskan skit boleh masuk sekeping roti gardenia(ambil bahagian putih saja) kemudian carik-carikkan dan masukkan sekali dalam adunan puding.
Chocolate Chips Cookies
and semalam saya buat Chocolate Chips Cookies ala-ala mcm Famous Amos tu..
Tapi saya punye biskut lagi sedap tau.. hehehehe
Resepi saya pun tak ingat dapat dari mana..
Trylah..tak dan raya confirm dah habis :D
Bahan-bahan:
- 1 cawan butter
- 1 1/2 cwn tepung gandum
- 1/2 cwn tepung jagung
- 1 s/k soda bicarbonat
- 1 cawan gula halus
- 12 oz. chocolate chips
- 1/2 s/k garam
- 9 oz. chocolate Cadbury (saya ganti dengan serbuk koko)
- 2 biji telur
- 1 s/k baking powder
- 1 1/2 cawan chopped nuts (walnut, almond & hazel) - saya tambah kismis
- 1 s/k vanilla
Cara:
1. Pukul butter dan gula hingga gebu.
2. Masukkan telur dan vanilla, campurkan tepung, garam, baking powder dan soda bikarbonat.
3. Masukkan chocolate chips, Cadbury bar (yg dah di parut) dan kekacang, sebatikan semua bahan dan gaul rata.
4. Kemudian sudukan ke dalam loyang dlm jarak 2 inci.
5. Bakar dalam 15min pd suhu 170 degree celcius.
Ok, sape nak order bolehlah call fatenton ye..hehehe
It's 1.00 pm already.. and i feel sleepy.. till then, good day everyone XOXOXO