Showing posts with label HOLIDAY. Show all posts
Showing posts with label HOLIDAY. Show all posts

Monday, August 9, 2010

esok puasa sudah

Last weekend,  me and my husband went to Cameron Highland for our short holiday..
Dah lama teringin nak dtg sini dgn husband..
Ingatkan dah dekat nak puasa ni tak ramai orang..
Sememangnya tipu sama sekali..
Berduyun-duyun manusia bercuti kat sana..
Maybe ambil kesempatan berjalan sebelum puasa kan..mcm kamilah.

We stayed at Century Pines Resort at Tanah Rata..
BORING!
Harganya tak setimpal dgn servise yang tak best..
But that's ok, kami bukan duduk bilik sgt pun..byk berjalan aje lebih.

Nothing much to say, just that cameron highland will always be on my list to come..
Saya berangan nak beli rumah kat sana..
Berangan aje tak kena bayar pun..

And thank you sayang for a wonderful time we had together.. ILUVM

baru sampai kea farm husband mengadu lapar..so singgah beli ubi kayu rebus and makan dlm keta..sedap :)

pemandangan pagi from our room.. mengadap loji okeh

the only thing that i like in our room

night market at brinchang


klu dtg sini wajib singgah strawberry moment pekena desset kat sini..sgt best!


errr.. it should be tempah kunci not kunci tempah ;p



HAPPY FASTING EVERYONE
Semoga Ramadhan kali ini memberi seribu keinsafan dalam diri.. dan selamat kurus :)




*sedang bercuti 9 hari.. seronotnye~

Tuesday, June 8, 2010

Backpackers Getaway Part III

Day 4

Pagi ni kami ada snorkeling trip di 5 spot..
Antaranya 3 Ruang, Shark Point, Turtle Point, Air Berani dan lagi satu tempat tu saya tak ingat nama dia..
Boatman ambik kami di hotel lebih kurang pukul 10 pagi..
Cuaca masa tu sangat ok, lagi panas lagi bagus sebab air laut akan jadi lebih jernih..

Mulanya saya rasa mual..
Maybe sebab pagi lagi, perut pun sekadar dialas dengan biskut tiger je..
So angin naik sampai kepala..
Tapi saya ignore benda tu semua sebab kalau tak snorkeling sgtlah rugi..
At the first spot di 3 Ruang, saya jumpa ikan sebesar budak 5 tahun..
Nasib baik saya tak cepat panik.. and ikan tu pun bukanlah ikan liar..
Dia mcm dah biasa dengan kehadiran manusia so saya tengok dia pun relaks je..

Yang paling best sekali masa di Shark Point & Turtle Point..
Masa di Shark Point saya agak takut untuk terjun dalam air..
Saya dah pesan pada husband kalau takde orang lain jangan turun tau..
Tapi sebab ramai orang lain, kami beranikan diri untuk turun dan nampak 3 ekor shark besar lebih kurang 6 kaki mcm tu di sekeliling kami..
Walaupun shark tu jinak tapi dlm hati tak putus-putus baca doa mintak dijauhkan benda tak elok..

Masa di Turtle Point, agak lama jugak menunggu penyu nak datang..maybe sebab bukan time dia kot..
Tapi nasib kami baik bila ada seekor penyu tgh berehat-rehat kat dasar laut..
Saya seronok tengok penyu tu berenang dari dasar naik ke atas..
Memang teruja sebab ini adalah first time saya dpt tgk live dari dlm laut..
Pesanan saya, kalau nak dtg nanti bawaklah underwater camera..


sebelum terjun kita bagi umpan dulu.. :)

Memang rasa menyesal tak bawak sebab keadaan dlm laut sungguh cantik..
Bayangkan ikan-ikan tu dtg  betulbetul dekat depan mata siap boleh pegang-pegang lagi..

Then, boatman bwk kami ke Air Berani..
Air Berani ni mcm air bukit..
Airnya sangat sejuk dan rasanya mcm air mineral..
Lepas tu kami terus dibawa ke Nelayan Village untuk lunch..
Jangan tak tahu kat tengah pulau tu ada balai polis sikit punye besar lagi..
Ada sekolah hospital, bangunan MARA..
Mati-mati saya ingatkan ianya hanyalah sebuah pulau semata-mata..
Rupanya ada penempatan kat sini..
And makan kat sini jauh lebih sedap dan lebih murah dari tempat lain..
Kami makan di kedai boatman kami sendiri.. MJ Restaurant..
Masa makan tu, husband borak dengan boatman.. saya dapat rasa kehidupan mereka di situ sgt simple..
Tapi, dalam masa 3 hari je diorang dah boleh dapat RM1000 hasil dari jadi boatman..
And tak pasal-pasal pulak husband terus cakap, 'kita duduk sini nak? u jadi waitress i jadi boatman'..


kampung nelayan

kat sini pun ada kentucky chicken tau

Lebih kurang pukul 3 boatman hantar kami balik ke hotel untuk rehat-rehat dulu..
Jam 4.30 ptg, saya booked dengan boatman kami yang bernama Pok Ja untuk bwk kami ke Wind Mil..
Saya tahu pasal Wind Mil ni pun sebab rajin baca forum Cari..
Kat situ ada byk info dari forumer yang pernah dtg ke sini..
Cuaca sgt panas, kulit kami habis sun burned.. dah hitam legam mcm arang kayu pun ada :p

Sampai je Wind Mil, saya ingat takdelah tinggi mana..
Rupanya memang jauh nun atas bukit..
Kami panjat anak tangga tu rasa mcm sedang mendaki Gunung Jerai..
Yang bestnya Pok Ja pun ikut kami naik sekali..
Semput jugaklah dibuatnya nak spi ke puncak tu..
Tapi Wind Mil tu belum berfungsi lagi..
Bila dah sampai atas, penat tadi rasa sgt berbaloi..
Cantik sungguh Pulau Perhentian bila tengok dari atas..


kat mana-mana pun saya rasa nak terjun je bila tgk air biru mcm ni

 
sebelum panjat tangga baik posing dulu nt dah peluh-peluh nak posing pun tak cantik

Pok Jaa

the view from the top of the hills.. cantikkan..

wind mil

Saya ingat nak lepak tunggu spi senja boleh tengok sunset, tapi masa tu baru pukul 6..
Kami turun dari Wind Mil, and ajak boatman bawakkan kami ke Long beach..
Saya teringin nak pergi Long Beach sebab ramai ckp kat situ happening dengan pub and ramai mat salleh..
Memang betul, keadaan kat situ betul-betul rasa mcm dekat oversea..
Yang ambik order kami pun mat salleh jugak..
Saya tak berapa suke sebab sgt crowded..
Long Beach tak sesuai untuk mereka yang dtg dgn family..
Untuk yang nak berholiday bwk anak-anak, perhentian besar is much-much better..
Masa di Long Beach kami jumpa Ronaldhino..ala pemain bola sepak Brazil tu..
Takdelah..kami jumpa beach boy yang mukenya sebijik mcm Ronaldhino..rambut pun sama.

long beach byk kedai makan
nampak tak Ronaldhino tengah main volleyball :D


Malam untuk dinner, kami dinner di Mama's Chalet..
Based on tripadvisor, diorang ckp food di Mama's ni sedap..
Tapi saya makan tak sedap pun..
Biasa-biasa aje.. food di Coral View lebih sedap..

Hari-hari berikutnya aktiviti kami seperti biasalah kalau tak snorkeling, lepak, makan..
Mulanya ingat nak ajak husband pegi Redang..
Redang dengan Perhentian tak jauh mana pun..
Tapi rasa mcm tak seronok pulak kalau pergi balik hari je..
So maybe next time insyaallah kami akan sampai jugak ke Redang..


i love the sunset.. romantik..

cute je die makan biskut tiger kan?


Last day di sini saya rasa berat hati je nak balik..
I had a very great time here..
Tapi nak tak nak kenalah balik jugak..
Bye-bye Perhentian.. i'm gonna mish ya much! :(
Otw balik Kl kami singgah Kedai Keropok Lekor Kak Yah sekali lagi..
Makan-makan kejap then beli sikit untuk orang-orang KL..
Then singgah lagi tangkap gambar tepi pantai di Kampung Kuala Abang..
Cantik betul pantai kat situ tapi tak boleh mandi sebab ombak kuat..


pantai kuala abang

Kami sampai KL lebih kurang jam 9 malam..
Letih jangan cakap..
But honestly, this is the best holiday ever.

*no attire rules when holiday.. :)


Monday, June 7, 2010

Backpackers Getaway Part II

Hye all..
Sorry for the late update..
My day was very busy..
Balik dari holiday terus sambung berkursus di Port Dickson pulak..
And  i felt sooo tired..
And semalam as i entered to the office keadaan agak kelam kabut sedikit..
Monday is always a busy day..
Harini baru rasa boleh bernafas sikit..

Jom sambung cerita sebelum saya terlupa nak cerita apa.. heheh

Day 3

Seawal jam 7 pagi kami dah ready bercantik-cantikkan diri..
Sebelum naik bot, kami kena register di Anjung dulu..
Then, terus alas perut di jeti..
Tak perlu risau tentang kat mana nak cari sarapan sebab kat jeti tu banyak gerai-gerai yang pagi lagi dah bukak..
Kedai souvenir pun pagi lagi dah bukak..
Dalam lebih kurang 9.30 pagi, kami bertolak ke Pulau Perhentian Besar..
Satu yang bagusnya bila booked dengan Anjung, pergerakan akan jadi lebih mudah..
Kami naik private boat sendiri, dpt snorkeling mask sendiri, semuanya sendiri..tak perlu nak berebut-rebut dengan orang lain..
Masa naik bot, cuma saya dan husband je dlm tu.. so terasa sgt privacy :)
Tapi ombak agak kuat, so agak menakutkan sikit bila bot tu terlambung-lambung..
Sape mabuk laut kena beware ye..sediakan panadol awal-awal.

Perjalanan ke pulau ambil masa lebih kurang 40 minit..
Dari dalam bot saya dah nampak air laut yang cantikkk membiru..
Hati dah tak sabar-sabar nak mandi..
Sampai je hotel, saya rasa saya dah buat pilihan yang sgt tepat..
Kami stay di Coral View Island Resort ..
Resort yang sgt-sgt cantik..
Coral View Resort terletak di sebelah Perhentian Island Resort..
Sampai je kami terus dibawak ke lobby and dpt complimentary welcoming drink..
Bilik kami jauh sikit dari laut..
Tapi betul-betul kat tengah hutan..
Suasana yang saya sgt-sgt suka dari dulu lagi..
Agak berbeza dari Andaman yang kami stayed dulu..
Sebab Andaman walaupun dlm hutan tapi tak terasa sgt kehutanan dia..
Tapi, berlainan dengan keadaan di sini..dengan bunyik unggas, monyet, burung.. mmg seronok..
Bagi yang nak betul-betul budget, saya tak berapa sarankan stay di sini..
Ada banyak lagi budget chalet lain..kena rajin-rajin survey ye..


antara chalet di Coral View

the chalet

mini mart

bagi yang nak surfing or update blog bolehlah lepak sini :)

water taxi

the view from the restaurant



Baru 10 minit check in husband dah menggedik ajak mandi laut..
Dia pulak yang lebih..
Kalau stay di Coral View ni, tak payah susah-susah cari port snorkeling..
Sebab laut di depan hotel kami mmg dah byk sgt ikan dan coral..
Saya jumpa banyak ikan nemo, ikan yang paling saya suke sebab sebab saya suka cerita Finding Nemo :)
Rasa jakun kejap sebab rasa mcm duduk dlm akuarium..
Kami snorkeling sampai nak muntah saya rasa.



air laut yang sgt jernih dan cantik


try duduk kat tepi-tepi batu sambil rendam kaki dlm air..mesti ikan dtg..

Bila dah penat, kami balik bilik mandi dan rehat-rehat kejap..
Malam tu kami dinner di Coral View..
Foodnya boleh tahan sedap..
Tapi yang buat kami suka makan di situ ialah staff yang sgt friendly..
Ada staff dari Burma, dah jadi geng kami sepanjang kami kat sini :)
Habis dinner kami lepak-lepak kejap di veranda bilik.. malam-malam kat sini rasa sejuk sgt..
Baru pukul 10 mata saya dah mengantuk..maybe sebab penat dgn aktiviti siang tadi..
Saya tidur dengan nyenyaknya..tak sbr nak tg esok pagi :)


 

Friday, May 28, 2010

Backpackers Getaway!

Happy Saturday all..
Saya seorang diri sekarang ni, husband ada job di luar..
Saya rasa boring jadi saya nak update blog..  :)

Last week, i went to Terengganu for 10 days for my holiday..
Saya sampai di Kuantan lebih kurang pukul 11 mlm.. flight delay lebih kurang 10 minit mcm tu..
Kalaulah saya tau dekat kerteh ada airport, takdelah saya mintak husband ambik kat kuantan..
Jauh rupanya lebih kurang sejam setengah jugak dari kuantan untuk ke Kijal..
And we stayed at Awana Kijal sebab husband mmg dah ada keje kat situ.
Awana Kijal tak best ponnnn ;p

Day 1

Dari Awana, kami mulakan perjalanan ke Kuala Terengganu..
Tapi saya dah pesan dengan husband awal-awal nak singgah Pantai Kemasik..
Tak jauh pun lebih kurang 15 minit je dari Awana..
Pantainye sgt cantik.. saya tau tempat ni sebab tgk facebook Syarifah Nur pengacara Nasi Lemak Kopi O tu..
Tapi mak aiii..panas yang amat..

pantai kemasik

Perjalanan kami diteruskan sampai kat Kerteh lebih kurang dekat pukul 1..
Masa tu perut saya dah berdondang sayang mintak diisi..
Kebetulan masa tu hari Jumaat, nak makan takut tak sempat sebab org lelaki kan kena solat jumaat..
So, kami singgah tapau McD then berenti makan depan masjid..trust me it was fun! :D

Sepanjang perjalanan ke KT, saya asyik cari keropok lekor je..
Saya memang hantu keropok lekor..
Dari dulu lagi kalau mummy beli mesti saya je yang makan banyak..
Mulanya ingat nak pergi Losong..
Tapi dlm perjalanan jumpa kedai keropok lekor..
Terus beli, tapi menyesal sebab tak sedap!

Sampai KT lebih kurang pukul 3 ptg..
Terus check in bilik di Seaview Hotel..
Saya memang sengaja pilih budget hotel sebab konsep kali ini adalah konsep budget holiday :)
Bilik di Seaview boleh tahan ok, dgn harga RM85 satu malam, dah kira ok sgt bagi kami..
Dan yang paling best terletak betul-betul tepi Istana Maziah..

Malam tu kami pergi jalan-jalan di Dataran Syahbandar sebab ada pasar malam..
Then untuk dinner, kami singgah di First Station Coffee Shop dekat area situ jugak..
Saya makan asam laksa dan husband makan fried kuew teow..
Rasanya food dia lebih kurang sama je dgn restoran lain..
Tapi air yang kami pilih tu yang saya nak share..
Sgt-sgt sedap.. saya tak igt nama air tu tapi die lebih kurang Dragon Fruit Vanilla Shake..
Kalau singgah sini jgn tak try ok..rugi.

bukan saja rasanya yang sedap tapi rupanya pun sgt comelkan?kaler pink lagi~

Then, kami balik bilik & terus zzzzzzzz..


Day 2

Esok paginya saya ajak husband pergi Pantai Batu Burok..
Kat situ ada A&W..ingatkan nak breakfast kat situ sekali tutup daaaa..igtkan 24 jam..
Saya pun tak tau kenapa pagi-pagi tekak i jadi western pulak :8)
Tukar plan, kami breakfast nasi kerabu dan nasi lemak..
Takde beza pun dengan nasi kerabu yang saya selalu makan dekat KL..
Cuma saya teruja sikit bila tgk nasi lemak dia warna pink..
Tapi tak sempat tgkp gbr husband dah bantai dulu.

Perjalanan kami diteruskan ke Losong..
Yeaaaa finally dpt jugak saya pergi kedai keropok sedap!
Thanks to  garmin, akhirnya kami spi kat kedai tu betul-betul time lunch hour..
And yup i can eat them without anything else..hihihi
Nama kedai tu Keropok Lekor Kak Yah..
Saya tau kedai ni pun sebab kawan saya Ikma pernah bawak saya dtg sini..
Masa tu beli tapau je then makan dalam kereta..
Tapi, kali ni kami makan kat kedai tu terus..kat situ siap ada kerusi dgn meja makan lagi disediakan..
Kebetulan hujan, order keropok RM3 dengan milo panas memang layannnnn..
Saya nak order lagi tapi perut dah penuh..
So, saya pesan pada husband sebelum balik nanti singgah sini balik tau nak makan lagi.. :D


Kedai Kak Yah di Kg Losong Haji Su


Bila perut dah kenyang, kami teruskan perjalanan ke destinasi sebenar kami iaitu Kuala Besut..
Dari KT nak ke Kuala Besut ambil masa lebih kurang satu jam setengah jugak..
Tapi sepanjang perjalanan saya tak boring langsung..
Sepanjang perjalanan kami ditemani dengan pemandangan laut yang sungguh cantik..
Dari dalam kereta dah nampak air laut warna biru kehijauan.. subhanallah cantik sgt..

Niat hati saya nak singgah di Aryani Resort..
Dari dulu saya teringin nak pergi situ sebab resort dan pemandangannya yang cantik..
Tapi sebab husband bwk laju dah terlepas dah jalan nak ke Aryani tu..
So, lupakan jelah..maybe next time.

Sampai Kuala Besut, checked in dulu kat hotel sambil rehatkan badan..
Kami stay di Nan Hotel.. terletak di betul-betul depan jeti K.Besut..
Harga bilik untuk fan room cuma RM45 je..
Tapi, saya tak berapa kenan sgt.. bilik besar tapi toilet dia masuk sebelah kaki je dah sempit!
Untuk yang nak pergi nanti, boleh try Samudera Hotel..nampak lagi cantik je hotel tu..
Untuk ke Pulau Perhentian, saya booked through Anjung Holiday, so kena pergi ofis diorang dulu untuk collect tiket and voucher and ada sedikit briefing..

Dekat jeti K.Besut tu ada kedai jual souvenir, pario, t-shirt dan mcm-mcm lagilah..
Saya sempat shopping fridge magnet sebagai souvenir utk diri sendiri, family dan kawan-kawan..
Kalau nak beli, beli kat jeti sebab harga dekat pulau nanti tersangatlah mahal..
Then, dekat hujung jeti tu ada taman untuk orang lepak-lepak..
Kat situ kedai makan byk, so takde masalah untuk cari makanan..
Perut masih kenyang jadi kami hanya lepak sambil tengok orang menjala ikan..
Seronok.. :)


                                         
gbr ni saya edit sendiri pakai Lightroom.. cantik jugakkan? heheh
   
                                         
saya tak tau apa nama kampung ni, tapi saya tau kampung mereka sgt indah.tengok pakcik ni jala ikan depan rumah aje.


Untuk dinner, kami keluar ke bandar K.Besut..
Masa  otw ke jeti tadi nampak satu restoran ni sgt cantik..
So, kami pilih utk isi perut kat situ..
Nama restoran tu Anjung Bahtera..
Kami order Ikan Siakap masak Lime Stim, cendawan goreng, sup sayur & air tembikai..
Semua sedap kecuali cendawan goreng.. tak sedap sebab byk tepung tapi tak rangup.
But still, saya masih boleh  recommend utk dtg makan kat sini :)


                                                     
     restoran anjung bahtera

                                         
dekat depan restoran ni ada deco mini cooper warna kuning, cute.


Malam-malam kedai dekat jeti K.Besut dah tutup..
So bila malam tempat tu dah jadi sunyi..
Mata pun dah mengantuk, kami terus zzzzzzz.


Off topik, tak sedar dah pukul 3 tapi saya masih tak mandi & tak lunch lagi.. nanti saya sambung lagi ye.. byee


Thursday, May 27, 2010

My Real Life

My life back to reality..
Badan saya masih rasa terapung-apung..
Kulit saya terbakar teruk.. pedih!

But i dont give a shit.. what a wonderful moment i had at perhentian island..
Life without works, life without calls, life without everything..
Except me, my husband & ikan-ikan yang comel-comel..
How i wish i can stay there forever.. HAVEN!

Nanti saya cerita lagi ye..
Malam tadi baru sampai rumah..
Banyak keje lagi nak buat, baju kotor pun tak habis basuh lagi..
Dan badan masih rasa penattttttttt sgt2..

Later.. good day everyone! XoXo


model hidung kembang semangkuk


Wednesday, May 19, 2010

away for getaway


Finally..
Akhirnya hari Khamis datang jugak.. :)

Tonight i'm going to meet my husband at Kuantan..
Husband ada job di Kijal since hari isnin lagi, so saya dengan kaki yang panjang akan menyusul ke sana..
Kebetulan, kami mmg dah lama planning untuk berhoneymoon lagi..
So inilah peluangnya.. husband pun bukan senang dpt cuti..

I'll be away for my getaway.. and i'll see you guys in the next 2 weeks..
Nanti saya balik saya akan jenguk blog kawan-kawan ye..
And have a nice day everyone!
My love is waiting for me.


Love,
Fatenton


tak sabarnye nak menggedik di sini sambil skodeng orang pakai bikini.. hihihihi



*mood nak update blog jatuh merundum minggu ni.Badan je kat sini, hati dah sampai sana kot!


Monday, April 26, 2010

Wednesday


Thanks to all yang tak jemu mendoakan semoga saya cepat sembuh.. alhamdulillah, i'm feeling great dan rasa lebih hangat dari biasa :)

Saya masih belum sempat nak jenguk blog kawan-kawan.. sepatutnya, hari ini saya sudah mula bekerja..
Tapi saya masih di awang-awangan.. lagipun, keadaan perut saya masih belum mengizinkan..
Insyaallah, esok saya akan mula keluar seawal pagi utk ke ofis.. saya dah mula rindu dgn kawan-kawan ofis saya..errr.. mcmane nak jadi fulltime housewife ni?

My days are great..
Last Wednesday, kami ke Sunway Beach & Spa Resort..
Husband ada tugas di sana..walaupun hanya sehari tapi kami ambil kesempatan ini as our short holiday..

All i can say, Sunway is such a lovely place to hang out.. 
Bilik kami menghadap betul-betul depan Sunway Lagoon..
View yang sgt cantik lagi-lagi waktu malam..
Tapi saya taklah merengek nak swimming kat situ..
Takut terbukak balik jahitan kat perut ni..
For the room, saya lebih prefer Hotel Maya & Andaman..
Interior mereka lebih warm & cozy.

Malam itu kami hanya bersiar-siar dan lepak-lepak kosong..
Perut masing-masing masih kenyang..
Cinnabon & Immuno Kick Fruite Juice sudah cukup..itu pun kami share berdua.. how sweet :)

Esoknya, saya keseorangan sementara husband perlu bekerja..
Saya bukan jenis yang suka berjalan seorang diri.. totally so not me..
Besides, saya takde mood utk bershopping..
And watching Shutter Island movie was a right decision... best giler cite tu!

Saya suka saat bersama mcm ni.. thank you sayang :)
` 

kat sini ramai Pak & Mak Arab


*psstt..pancake kat sini sedap gile..saya tambah 2 pinggan..hihihih


Sunday, February 21, 2010

Beautiful Little London


Tajuk di atas ni tak boleh blah langsung!

Semakin hari KL semakin panas..

Jadi, saya perlu ke suatu tempat yang ala-ala sejuk tapi tak jauh..


Little London In Malaysia.. aka Genting Highland.. ;p

Sangat seronok walaupun terpaksa que panjanggg..kami hanya bertiga.. we are not allowed to bring partners along.. all single ladies..dari kl sentral seawal jam 11.30am, we reached there about one hour later..Hampir satu jam setengah beratur hanya untuk naik skyway..
Damn, kaki rasa sgt lenguh.. tapi berbaloi bila dah spi atas..
Lagi-lagi bila ada seorang makhkluk tuhan paling seksi sentiasa menghiburkan hati semua org..auwwwwww (mak takut nyah.. benda ni terbang..hihihihihi)

At first, saya dah nekad tak mau naik Space Shot.. last time naik hazabnye rasa mcm nak tercabut jantung.. tapi setelah dipaksa oleh dua org budak.. saya kalah.. dan tak sdr air mata keluar bila dah jejak kaki kat tanah.. serius..saya tak mau naik dah.

Sejukkk.. walaupun tak sesejuk mcm london..tapi boleh dikira sejuk..
Orang mmg ramai..most of them are chinese..ambik kesempatan sambung beraya kat sini pulak kot..

Nothing much to say.. just to thank you Allah for giving me such a wonderful friends.. to ima & dila.. friendship remains and never can end ok.. faten loves ya.. HUGS


skyway


london cafe in double decker bus..tumpang posing kejap yee :)




takdelah sejuk mana pun..belakon je tu..

Hounted house yang sgt2 gile boring!


budak kecik


*saya nak pergi sini lagi.. dgn husband saya.. hmmm.. saya rindu suami saya.

family's nite

Entri ini agak basi..
Bukan apa..saya masih berada dlm mood nak memanjakan tangan dan jari ni..
Malas sungguh nak update ape-ape..
Tapi kena gagahkan jugak..
Semua ni perlu saya kongsikan..
Untuk tatapan anak cucu saya nanti..
Biar mereka tahu..aktiviti & cerita mama & papa, nenek & atuk mereka sepanjang hidup ini :)

Walaupun saya seorang home person, tapi cuti CNY rasanya tidak betah untuk sekadar lepak di rumah..
Kebetulan mummy buat family gathering.. saya pun joinlah sekali..
Tapi sesungguhnya saya sgt rimas dgn orang yang yang sgt2lah ramai..
Swimming pool tu dah tak nampak air dah nampak org je..
Sebab itu saya lebih suka bercuti ketika weekdays..

Malam itu jugak adalah malam Valentine's..
Tapi maaflah..saya tak sambut..
Bagi saya setiap hari adalah hari berkasih sayang..
Bukan hanya 14 Feb saja..
Tapi hari itu adalah hari ulangtahun pertama kak farah & ein..
Sekejap sgt rasenye dah setahun..rasa mcm baru sebulan je..
Saya masih igt majlis kahwin farah..saya pakai baju apa..pakai kasut apa..
Macamane keadaan kelam kabut bila katerer bgtau 'nasi habis'..
Tapi tetamu masih ramai yang belum makan..
Terkejar-kejar saya dan bombok pergi cari nasi..
Nasib baik ada gerai kat tepi dewan..mmg gile neves time tu..maklumlah first time buat kenduri kawin..
Hilang ayu aku sekejap!

Walaupun sesak..tapi enjoy tetap enjoy..
Saya sempat sediakan menu dari dapur saya sendiri..
Seronok bila tgk makanan habis.. yeaa coleslaw & kek batik made by fatenton habis licin tauuu~
Habis bbq.. saya & husband sempat jalan-jalan di Legend Water Chalet.. what can i say i felt really bliss there.. takde hiruk-pikuk suara org.. senyapp je.. luxury hotel biasalah.




Happy one year anniversary to farah & ein.. moga cepat dpt baby.. :)


and i'm looking forward to our next bbq with bobo this friday.. mesti best dpt tgk boboroi berendam dlm air tak nak balik-balik! hohoho :D





Ajk Pemanggang.. ladies cuma Ajk Makan je..


1 year already..err saya mls nak photoshop kasi cerah sket..sory ekk ;p

saya sedang teropong pae


the crazy clowns in town :)




rabbit kat sini cute sgt..hhmm tiba-tiba saya rase mcm nak bela sekor pulak :)



*baru sehari naik tempat sejuk..dah tak biasa dgn kl yang panas..poyoyoo