Showing posts with label General. Show all posts
Showing posts with label General. Show all posts

Wednesday, August 3, 2011

3 months

Salam Ramadhan..
Sudah lama jari jemari yang tak runcing ini tak mengupdate blog..
Dah ada anak ni kehidupan mmg busy sket..
Lagi pulak amber jenis anak yang tersangatlah manjanya..
Sentiasa nak ada org kat sebelah dia..
Kadang-kadang nak masak pun tak boleh..
Last-last kena tapau aje kat kedai.. tapi i suke.. hehehe ;p

Tak sedar amber dah 3 bulan..
Cepat betul masa berlalulah..
Dulu kecik aje sekarang dah 6 kilo dah..
Alhamdulilah amber membesar dgn sihat dan kuat :)

Hmm.. btw, sape kata surirumah keje senang??
Bila dah jadi surirumah ni barulah terasa penatnya..
Kadang-kadang lagi penat dari buat keje kat ofis..
Maybe sebab dah ada amber.. tapi seronoknya tuhan aje yang tahu.. :)

Hope Ramadhan kali ini menjadikan aku seorang anak, isteri & ibu yang lebih baik..
Dan yang paling penting, seorang hambaNya yang lebih solehah.. Insyaallah..

Happy Fasting Everyone..  :)


alaa amber ni nangish nak titon pulak diee



Wednesday, October 13, 2010

something to share

Recently, i always received some emails in my spam..
Ntah dari mana diorang dpt email add, saya pun tak tahu..
And today i received this second notice from "Maybank"..
Saying that my acc will be deactivated soon if i dont give any action on them..
Here it is..

Dear Client,
This is your official notification that the Maybank online services
which you have registered for will be deactivated and deleted immediately.
Previous notifications have been sent to the primary contact details that we
have on file but you seemed not to have taken the actions requested to verify that
you are the owner of your Maybank access.

To prevent your account from being deactivated and deleted, click on Restore Access below:
Restore Access to verify your accounts and restore your access now.

Note: You will be requested to verify your contact by requesting and entering a transaction authorisation code (TAC).
We apologize for any inconvenience.
Malayan Banking Berhad (Maybank)

* This e-mail has been sent for information purposes only, please do not reply to this
e-mail as it is routed to an unmonitored mailbox and will not be read.
From: Maybank doncavage@aol.com 


My reply to the email : I DONT CARE IF YOU READ THIS OR NOT BUT ONE THING I CERTAINLY KNOW THAT I DONT HAVE ANY MAYBANK ACC YOU STUPIDO!
 
If you received this kinda email same like me, pls IGNORE it.. we dont want to be cheated by them..
And do not hesitate to call your bank directly to confirm anything (kalau rasa was-was lah)..
Tapi zaman sekarang ni walaupun dah diberi warning oleh pihak bank sendiri pun masih ada yang daif tertipu dengan semua benda ni..
Tak pasal-pasal duit dalam bank dari RM5000 jadi 50 sen..
Itu belum kira kena tipu dengan 'Peraduan Gores & Menang' lah, itulah inilah..
Bersepah-sepah je dekat Lrt Station tu..
Tak percaya, cuba try pergi Monorail Station di Times Square..
Berlumba-lumba orang datang kejar suruh gores-gores tu..
 
So pls, take alert.. we are not stupid.. but they are! :)
 
 
 

Wednesday, September 22, 2010

PHD

Semalam saya MC..
Berjumpa doct di Az-Zahrah Bangi..
Servicenya? Biase-biase aje..

Mulanya saya datang nak jumpa specialist..
Tapi rupanya nak jumpa specialist kena buat appointment..
Ok, takpelah..saya jumpa doctor biasa jelah..

Nak menunggu kena panggil lebih kurang 1 jam jugak..
Tapi, doctor tu tanya itu sikit ini sikit adalah dalam 5 minit je mcm tu..
Ok..takpelah..
Sebelum keluar bilik, saya ty 'doct, boleh bagi saya MC tak?'
Dia angguk sambil ckp boleh.. oklah.

Saya tunggu kat farmasi..
Lama gila saya tunggu.. 3-4 orang yang datang selepas saya dah kena panggil ambil ubat dah..
Tapi nama aku tak sebut-sebut lagi..
Saya bangun, ty die pasal turn saya..
Die tanya nama saya sape, 'oh kan tadi dah panggil? 2 kali panggil'..
BILA MASA?????

Semua sekali rm51.40.. oklah..

Me: Eh takde bagi ubat ke kak?
Her: Nak ubat ke?
Me: Kalau takde tak payahlah..tapi bukan ke saya kena makan **** *****?
Her: Ha'ah.. kalau nak kami bagilah.
Me: Tak payahlah! Bagi MC je..
Her: Ada mintak MC ke?

Woohoooo.. ini sudah lebih niii...
Mak saya kat sebelah terus jadi warrior.. hahahah silap orglah korang nih! :D

Anyway, itu serba sedikit cerita saya semalam..
And semalam masa saya tgh leka tunggu ubat..
One of my blogger friend text me..
Saying that she's going to private her blog..
Dan mcm biasalah, semuanya gara-gara Miss/Mr Anon yang tak habis-habis dengan perasaan PHD mereka..
Sudah 2-3 blog yang saya gemar blogwalking memprivatekan blog masing-masing..
Kerana reason yang sama..
Come on people..
Jangan disebabkan perasaan hasad dengki anda tu buat semua orang terpaksa memprivatekan blog..

Pelik saya dgn sikap org mcm ini..
Tapi takpe, itu maknenye blog mereka ini merupakan blog yang digemari oleh readers..
Itu sebab mereka dengki..
Sebab blog mereka takde orang baca barangkali..

But pls, be smart my dear.. byk lagi kerja lain yang kamu boleh buat daripada kutuk orang.. :)


Till then, peace no war.

Thursday, August 19, 2010

di mana perasaan malu dlm diri kita?

Minggu ini aku sibuk..
Aku sgt sibuk..
Al-maklumlah bercuti lama minggu lepas..
Jadi bila masuk kerja faham-faham ajelah.
Maaf kawan-kawan, fatenton tak sempat nak menjengah blog kawan-kawan.

Tapi artikel yang satu ini buat aku tertarik utk berkongsi..
Curi-curi masa kejap nak menaip ni..
Kebenaran orang melayu kita hari ini..
Beratur di kedai mamak/gerai-gerai seawal jam 11 pagi nak beli nasi bungkus..
Lokasinya, sekitar lembah kelang, keramat, kg pandan..

Malulah..
Aku yang sedang 'bercuti' dari puasa ni pun takde mcm korang ni..
Paling-paling pun minum air mineral je..
Tu pun curi-curi takut org nampak..

Tapi mereka?
Nilai dan fikirlah sendiri..
Dan sedarlah, dunia sekarang sudah semakin tua, semakin menuju ke akhir zaman..
Takkan tak sedar-sedar lagi??

Ini kerja syaitankah?
Bukanlah..syaitan semua dah kena kurung..dah kena ikat kan?

pandai pulak pakai helmet..tau malu ye?


Monday, August 2, 2010

kurus tapi gemuk

Hye all..
How's your day? *Hugs*

Diam tak diam, dah dekat 8 bulan FnF kahwin..
Tapi saya masih belum dpt tukar melaka lagi..
Ntahlah kalau nak cerita psl pertukaran ni buat rasa menyampah je..
Aku dah malas nak call-call ty-ty lagi dah.. just go with the flow jelah..
Susah-susah sgt aku berenti keje je senang..laki aku pun lagi suke!

Berat badan..
Ye, lemak-lemak di badan saya ni semakin manja dan menjadi-jadi..
Dulu-dulu masa time nak kahwin, berat saya hanyalah 47kg..
Mak aii kurusnye jangan cerita..
Sampai ada orang panggil saya 'pokok berjalan'..
Bukan sebab saya diet ke apa..
Tapi maybe sebab banyak benda nak pikir, buat itu buat ini, pergi sana pergi sini..
So berat badan turun lajuuu je..
Saya tak suke kurus sgt.. sebab bila saya terlalu kurus saya akan nampak tua mcm nenek-nenek..
Bila terlalu kurus orang akan tanya, 'sakit ke?', 'tak cukup makan ke?'..
So saya malas nak dgr org ty mcm tu lagi..

Dan sekarang, hasilnya.. berat saya dah naik 5 kg (congrates fatenton)!

Dan bila dah naik, saya mula risau..
Badan dah gemuklah itulah inilahhhhhhhhhhhh..
Honestly saya cuma nak tambah 3 kg je..
Tapi bila dah terlebih 2 kg ni.. ok i'm so cuak rite now..
Padahal takdelah besar mana pun..but i dont feel really good about it..
Lagi-lagi bila orang asyik tegur saya dah gemuk, dah berisi.. nak ckp mcmane ye..rasa seronok ada rasa cuak pun ada..

Kesimpulannya, kenapa dulu bila kurus kemain nak gemuk, bila dah gemuk kemain risau nak kurus balik pulak? dan kenapa bila dah kahwin berat mesti nak naik pulak? hmmmmmm


tapi kalau gemuk sebab ni, i dont mind.. not at all :)



* gemuk tu tandanya bahagia kan kannn?  :D


Wednesday, July 28, 2010

not a JOKE for me.

A : Dah ada belum?
B : Belum ada rezeki lagi..
A : Husband keje mana?
B : Melaka..
A : Jauhnye.. habis ulang-alik ke tiap-tiap hari?
B : Taklah.. weekend je jumpa..
A : Oooo.. weekend  "pulun" habis lah?
A,C,D,E : Kah kah kah kah kah.. "pulun" sampai tak keluar bilik tu.. kah kah kah kah..

Bila sampai part pulun, ramai betul jadi tukang nasi tambah ye.. bagus!


Apa korang ingat aku takde keje lain ke berukkk???




*mak malu dik non.

Thursday, July 22, 2010

mee goreng katak!


Sape tgk berita malam tadi?

Petang semalam saya lepak di Old Town White Coffee di Rampai Business Park..
Saya memang suka lepak Oldtown..
Selain dari hot chocolatenya yang sedap, saya suka makan Asam Laksa & Double Toast Kaya & Butter tu..
Sape pernah makan asam laksa kat situ mesti tau mcmane sedapnye kan..

Semalam lama saya lepak situ..
Biasalah sambil makan sambil borak + gosip kosong..
And kuah laksa saya sampai habis saya hirup ok..tak tinggal satu habuk pun.

Malam semalam masa tengok berita, ada seorang pelajar IPT telah saman salah satu OldTown Kopitiam di Lembah Klang ni..
Sebabnya, jumpa 'kaki katak' dalam mee goreng!

Ya rabbi masa tu rasa loya and kembang je tekak ni tengok..
Sisa-sisa laksa masih ada dlm perut ni..kat tekak pun ada lagi..
Bila difikirkan, mcmane boleh ada kaki katak tu dlm tu?
Katak tu lompat masuk dlm kuali kot? tak pun mmg diorang ada jual kot mee katak tu?

Tak pun kena sabotaj kot? errrr ntahlah..

Tapi yang pastinya saya akan tetap lepak situ lagi..minum air je pun jadilah.. :D


gambar selingan..comel pulak tgk kaki die..

Thursday, July 15, 2010

Aku.. emo.

Izinkan saya membahasakan diri sebagai 'aku' kerana emosi sedang memuncak dlm diri ketika ini.

Sudah 2 hari email ini berada dlm inbox.. ntah kenapa aku tak baca..aku pun tak tahu..
Untuk semua para isteri, mungkin selama ini kita terlepas pandang dengan perbuatan kita yang mungkin tak kita sedari..seperti jugak aku.

Aku masih igt, masa baru-baru kahwin dulu..
Aku mintak suami tolong pergi farmasi belikan facial wash yang dah habis..
Aku siap pesan 'beli yang besar  tau'..
Suami tak merungut, terus pergi farmasi yang terletak tak jauh dari rumah kami which means kat dlm taman tu jugaklah..

Bila suami balik, aku tengok facial wash tu mcm dah expired sebab warna dia dah luntur..
Bila check manufactured date, tahun 2002 punye..
Aku terus marah and mengamuk kat suami sebab tak tengok betul-betul terus beli pastu dahla mahal resit pulak takde..
Dengan takde cakap thank you satu hal, pastu boleh marah-marah pulak mcm org kena rasuk syaitan!

Suami keluar rumah..
Aku terus terdiam.. bila tanya nak pergi mana tak menyahut..
Lama dia keluar..dekat 1 jam jugak..
Masa tu yang aku tahu hanyalah menangis.. tapi aku pun tak tahu menangis kenapa?
Kerana ditinggalkan? atau kerana rasa bersalah sebab marah dia tak tentu pasal?
Lepas sejam suami balik, dengan beg plastik kecik kat tangan..
Dengan muka masam mencuka aku ty lagi, pergi mana?
Dia hulurkan plastik, dan terus masuk bilik tanpa bercakap sepatah pun.
Bila aku bukak plastik, facial foam baru..
Yang pastinya dari kedai lain..
Aku pun tak tahu kat mana farmasi tu..
Tapi kalau dah satu jam, boleh pikirlah jauhnye mcmane kan..

Perasaan aku ketika itu, rasa berdosa.. rasa bersalah..
Ya allah sesungguhnya aku amat lemah dan masih mentah untuk menghormati lelaki yang bergelar suami..
Takpe..aku akan belajar perlahan-lahan..
Hingga ke saat ini, aku masih belajar..
Insyaallah, aku tak nak buat lagi..

Dan ketika aku baca email ni, aku bagai tersedar dan terhantuk..
Ampunkan i sayang..
I janji akan jadi isteri yang soleh..i akan cuba. Insyaallah.

Buat semua, bacalah..untuk renungan kita bersama..

Istimewanya wanita ialah segala perbuatan dan setiap apa yang disentuh oleh jari halusnya di dalam ruang lingkup rumahtangganya akan mendatangkan pahala. Namun terdapat suatu perkara yang jarang sekali diambil perhatian oleh kebanyakan wanita hari ini, iaitu perihal menyambut kepulangan suami.


Setiap kali suami pulang ke rumah suami memerlukan bantuan isterinya untuk menghilangkan rasa letih, penat, lapar, dahaga dan lain-lain beban yang sedang ditanggungnya. Oleh itu, isteri yang menyambut suami hendaklah pandai memahami mood dan kehendak suami.

Sambutlah kepulangan suami dengan air muka gembira, dan dengan senyuman. Tunjukkanlah wajah yang semanis mungkin dan senyuman yang kita berikan ketika itu akan menghilangkan sebahagian daripada keletihan suami. Elakkan daripada bersikap acuh tak acuh, bermasam muka ataupun melepaskan 'peluru berpandu' bila suami terjongol di muka pintu. Sabda Rasulullah saw:

"Siapa sahaja seorang isteri bermuka muram di hadapan suaminya, maka ia dalam kemurkaan Allah swt hingga ia dapat membuat suasana yang riang gembira kepada suaminya dan memohon kerelaannya. "

Begitulah besarnya harga senyuman seorang isteri kepada suaminya. Senyuman akan mencetuskan suasana kegembiraan dan itulah sebenarnya yang dikehendaki oleh semua suami ketika pulang, terutamanya jika ia sedang dalam keletihan. Muka yang masam bukan sahaja akan menimbulkan kemarahan suami, malahan menyebabkan Allah swt turut murka. Kemurkaan Allah itu akan berkekalan hingga isteri itu berjaya mengembalikan semula suasana gembira dan memohon keampunan daripada suami. Kerana sesungguhnya keredhaan Allah itu terletak pada keredhaan suami.

Bila suami pulang segeralah bukakan pintu. Persilakan masuk dengan penuh hormat dan dengan kata-kata yang lemah lembut. Sambutlah tangan suami dan ciumi ia sebagai tanda hormat serta meminta maaf, walaupun isteri merasakan tidak berbuat sebarang kesalahan pada hari itu. Bukannya isteri yang hulurkan tangan untuk dikucup oleh suami sepertimana yang dilakukan oleh kebanyakan orang Barat hari ini.

Sebuah hadis ada menyebut bahawa apabila seorang suami bersalaman dengan isterinya, maka gugurlah segala dosa dari sela-sela jari mereka berdua. Begitulah Maha Pengampunnya Allah; dosa isteri gugur hanya dengan bersalaman dengan suami. Oleh itu rebutlah peluang dalam sebarang kesempatan untuk bersalaman dengan suami dan meminta maaf daripada suami. Tentunya tidak terhad hanya ketika suami pulang daripada kerja sahaja; lazimkan perbuatan ini ketika selepas solat jemaah, ketika hendak keluar dari rumah atau pun setelah membuat sebarang kesilapan samada kecil atau besar; supaya sentiasa mendapat keampunan Allah. Andaikata mempunyai anak-anak, ajarlah mereka itu untuk selalu bersalaman dengan ayahnya. Kelaziman ini akan memupuk rasa kasih dan hormat anak-anak kepada orang tua.

Jika suami pulang membawa buah tangan, sambutlah dengan ucapan terima kasih. Jangan biarkan sampai barang itu lama di tangannya atau suami meletakkannya sendiri di dapur. Ini tanda isteri tidak menghargai buah tangan yang dibawa oleh suami.

Jangan pula bertanya soalan-soalan seperti 'kenapa tidak beli barang yang dipesan?' dan seumpamanya. Soalan yang di tanya bertubi-tubi ketika suami sedang penat hanya akan membosankan suami, malahan mungkin akan menimbulkan kemarahannya.

Pernah disebut dalam riwayat, pada zaman Rasulullah, ada seorang wanita yang bakal masuk syurga lebih dahulu daripada Siti Fatimah. Wanita itu begitu taat serta sangat memuliakan suaminya. Dia menunggu kepulangan suaminya dengan pakaian yang bersih serta mengghairahkan; disediakan tuala, air sejuk dan sebatang rotan. Segala perbuatannya itu menjadi tanda tanya kepada Siti Fatimah yang mengunjunginya. Lalu beliau bertanya untuk mengetahui di sebalik perlakuan wanita itu.

Wanita itu pun berkata: "Aku bersiap-siap dan menyinsing kainku ialah supaya mudah jika suamiku ingin menyampaikan hajatnya. Adapun tuala ini ialah untuk mengesat peluhnya, air ini ialah untuk menghilangkan dahaganya dan rotan ini ialah untuk dia menghukum aku jika aku membuat sebarang kesalahan."

Kebahagiaan rumahtangga terletak pada akhlak dan budi pekerti isteri. Biarpun seorang isteri itu tidak cantik tapi jika cukup sempurna layanannya terhadap suami dan berakhlak pula, tentu ia akan menjadi penghibur dalam rumahtangga.

Oleh itu wahai wanita-wanita atau para isteri-isteri hendaklah berlumba-lumba untuk menjadi seorang isteri yang solehah, yang bertaqwa berakhlak mulia dan taat kepada suami. InsyaAllah seorang isteri itu akan disayangi oleh Allah, suami malah seluruh makhluk di dunia. Sabda Nabi: "Sungguh-sungguh memintakan ampun untuk seorang isteri yang berbakti kepada suaminya, iaitu burung-burung di udara, ikan-ikan di air dan malaikat di langit selama dia sentiasa dalam kerelaan suaminya."

Jika seorang isteri mengharap cintanya berbalas, maka berbanyak-banyaklah isteri itu mencari keredhaan Allah melalui suami. Subhanallah.
inilah facial foam yang telah membuatkan aku menjadi kurang ajaq!


Monday, June 28, 2010

entry yang lebih 'open'

Mood saya tak berapa elok 2-3 hari ini..

Alhamdulilah..
Setelah hampir 2 bulan menunggu..
Finally on last Saturday, period kembali datang..
Dalam tempoh 2 bulan mcm-mcm yang saya fikirkan..
Nak kata pregnant, negative..
Satu yang saya bimbangkan, cyst saya kembali aktif..
Walaupun saya dah buat operation last 2 months..
Tapi rasa takut tu tetap ada..

Saya jugak ada buat rawatan cara kampung..
Cara moden dan tradisional perlu saya cuba..
Tawakal dan usaha itu penting..
Tapi yang menentukan itu semuanya dari tuhan..

Saya perlu jaga makan..
Jaga minum..
Saya jugak amalkan makan madu..
Madu itukan penawar untuk seribu satu penyakit..
Insyaallah..saya sentiasa berdoa semoga diberi kesihatan yang baik.

Period kali ini agak menyakitkan..
Sudah lama saya tak alami senggugut..
Sepatutnya masa datang bulan kena hati-hati bila makan..
Lebih-lebih lagi elakkan makan cuka..
Tapi haritu saya dah bantai makan tapai..
Everytime balik rumah mertua di Seremban..
Pasti saya akan cari tapai yang FIL buat..
My FIL ialah pengusaha tapai yang berjaya..
Dahlah tu siap makan dengan aiskrim lagi.. mak aii sedap gile i tell you!

Bila dah sakit barulah nak beringat..
Balik dari kerja semalam, mummy buatkan air halia untuk saya..
Halia bagus untuk hilangkan sengugut..
Senang je pulak tu nak buat..

Caranya:
Ambil halia dan rendam dalam air panas, biarkan sekejap sampai halia mendap ke dasar, minum beserta selawat sekali..insyaallah senggugut akan hilang. (tapi saya letak madu sikit)


lepas minum ni confirm buang angin je keje =D


Sejujurnya, saya tak lepas dari memikirkan sebarang kemungkinan cyst saya akan kembali aktif..
Dan saya jugak tahu, salah satu cara untuk cyst itu hilang adalah apabila seseorang itu mengandung..
Sebab bila mengandung period akan terhenti selama 9 bulan, so chance untuk cyst itu hidup adalah sgt tipis..

Now, tempoh untuk kami berhoneymoon selama 6 bulan pertama dah pun habis..
And we are trying to conceive right now..
Mulanya bila difikirkan, susah kalau mengandung sekarang bila husband jauh di sana..
Nak pergi check-up nanti takde orang temanlah, itulah, inilah..
Tapi saya tolak tepi itu semua..
Mana tahu insyaallah rezeki datang bergolek dalam masa yang sama saya terus dpt transfer dekat dgn husband kan..
Jadi saya tak nak itu semua dijadikan alasan atau satu beban.

Setiap hari pasti saya akan surf info berkaitan untuk tips mudah hamil..
Ada banyak website yang banyak bagi petua mudah hamil antaranya blog pakar howto, mengandung.com dan banyak lagi..
Tapi saya tertarik untuk berkongsi dengan semua, sebab saya tahu kat luar sana mesti ramai yang sedang berusaha seperti saya..

E-book Panduan Mudah Hamil dari Fatina Aziz bagus untuk mereka yang sedang merancang kehamilan..
Ada banyak info berguna yang selama ni saya pun tak tahu ada diceritakan dalam e-book ini..
Harganya alahai sgtlah murah.. belilah tak rugi..

Selamat Mencuba :)


*saya tak ambik sebarang komisyen..hanya berkongsi untuk manfaat kita bersama.


Monday, June 21, 2010

Pudu Jail

Long time ago..
Penjara Pudu dah jadi tempat permainan saya sejak dari kecil lagi..
Mummy used to work here for many years..
Boleh kata tiap-tiap hari saya akan ambil mummy balik dari kerja kat sini..
And when i was in primary school, saya pernah ikut rombongan ke sini, masa tu Pudu Jail ditutup sekejap bagi peluang utk orang luar melawat..

Pengalaman masuk ke dalam Pudu Jail memang sgt menyeronokkan..
Saya dapat pegang tali gantung yang digunakan utk hukumun gantung sampai mati..
Saya dapat tengok video orang kena sebat sampai tercarik kulit daging (serius takut)
Saya dpt rasa pengalaman mcmane keadaannya bila orang yang dijatuhkan hukuman gantung sampai mati dibuat..dengan lampu yang terpadam,dengan background music yang sgt menyeramkan..
Yang ada cuma bunyi tapak kasut berjalan, dan suara orang tgh baca hukuman yang akan dijalankan ke atas pesalah..
I tell you, it was a very great experience!

Bila mummy transfer keje kat sini, saya tak pernah masuk lagi ke bahagian dalam penjara..
Cuma kalau dari dlm bilik mummy boleh nampak banduan pakai baju warna pink beramai-ramai beratur tunggu turn nak masuk dalam..
Selalunya saya akan tunggu mummy di dalam bilik dan tido heheheh
Saya masih ingat lagi mummy selalu bagi roti yang sepatutnya untuk banduan makan..
Kalau ada lebih, dptlah lebih..
Roti yang keras dan  tak sedap.

Honestly, saya rasa takut everytime dtg sini..
Ntahlah.. mungkin sebab selalu dgr mcm-mcm cerita dari mummy..
Nak pergi toilet pun rasa takut..
Mummy ckp ada satu bilik di bahagian hujung..
Ada potret wanita yang dikenakan hukuman mati..
Sebelum mati, dia sempat lukis gambar die kat dinding..
And ada dua-tiga orang yang meracau-racau lepas tenung gambar tu..
Mummy pun selalu kena kacau lagi-lagi time malam..

Dulu saya fikir Pudu Jail tidak akan dirobohkan..
Ianya boleh jadi satu tarikan pelancongan yang menarik..
Biar kita merasai dan tengok sendiri mcmane rasa hidup di dalam jail..
Plus, bangunan yang telah berusia lebih dari 100 tahun tu pastinya jadi bangunan bersejarah di Kuala Lumpur ni..

Tapi takpelah, maybe ada alasan yang lebih kukuh kenapa ianya perlu dirobohkan..
Dengar cerita kat situ nak buat Condo..
Condo? serammmmmmm


tembok besar Penjara Pudu..padang ni jugak tempat saya training berlari satu ketika dulu


ofis mummy di bahagian depan sekali



Sekarang mummy pun dah pencen.. tapi kenangan ini saya akan simpan sampai bila-bila   :)


*pictures from google search



Sunday, June 20, 2010

after 7 months

Yesterday I went to KLCC to meet my editor for my wedd video..
Finally.. we received our dvd for our solemnization & reception after almost 7 months since we've been married..
Lama gila kan baru nak siap?

The best part was, i asked him to meet because we wanted to collect our dvd ourselves no matter what..
Duit balance jangan harap saya nak bagi if tak dpt dvd tu dlm tgn kami..
Tapi dia jawab ' i'll be away di oversea until end of this year'..
Semalam dia hantar someone else untuk jumpa dengan kami..
I asked his assistant, 'R**** ada kat oversea ke?'
Dia jawab, 'taklah..ada je kat Shah Alam tu'..
Penakut punya orang..
Itulah lain kali jangan janji mcm-mcm kalau tak boleh buat!

I admit ianya memang satu kesilapan..
I hired him because i was interested with his 'ayat manis' masa mula-mula jumpa dia dulu..
Of coz i'm not going to tell his name..but seriously i'm not recommend him to anyone..
Banyak lagi opsyen lain yang jauh lebih murah dan lebih berkualiti..
Harga yang kami bayar tidak setimpal dengan apa yang kami terima..
For those who are looking for a videographer, maybe u can try Nizam from Wedding Essential or Manggis..
They are much-much better..
Oklah saya bagi klue ye.. namanya start from R**** S***

Saya takkan sanggup utk tutup periuk nasi orang..
Tapi i can guarantee you my dear, if you are dealing with people like this..
You are going nowhere..

So pls..
Be honest & be sincere in what you are doing.. Thank You.

Tuesday, May 11, 2010

melayu kita

Sudah jadi kebiasaan..
Bila hari Sabtu je, saya dan suami akan bercerita apa saja setiap kali kami habis breakfast..
Maklumlah 5 hari tak jumpa..
Macam-macam benda yang kami nak bualkan..

Haritu lepas dah kenyang isi perut..
Kami bercerita tentang angan-angan utk buat bisnes sendiri..
Sampailah ke satu part..
Yang mana saya syok sgt dengar..
Suami bercerita tentang gerai goreng pisang kat taman rumah kami..
Dalam taman ni mmg byk gerai goreng pisang..
Jual dekat-dekat je pulak tu..sebelah-menyebelah je..

Salah seorang kawan husband ni jenis orang yang boleh nampak benda-benda halus ni..
Dalam erti kata lain ada kuasa mistik mcm tulah..
Satu petang, diorang nak pi beli goreng pisang kat salah satu kedai ni..
Tapi pelik, satu kedai ni ramai sgt orang..
Kedai yang sebelah ni takde orang pun..
Kawan husband terus ajak pergi kat kedai yang takde org..
Husband ckp masa nak masuk kedai tu rasa benci dan menyampah je tgk makcik kedai tu..
Tapi, diorang teruskan jugak sebab kedai sebelah tu ramai sgt orang..
Then, kwn husband nampak byk sgt jarum-jarum dan paku kat kedai makcik ni..
Paku & jarum-jarum tu terlalu byk bersepah bukan je atas meja, dlm goreng pisang pun ada jarum..

So, kawan husband ni tanya pada makcik kedai ni..
Dan nasihatkan supaya pergilah jumpa dgn orang yang boleh buang benda-benda tak elok mcm tu..
Makcik ni tak tahu pun benda-benda tu jadi kat kedai dia..yerlah dia bukan nampak pun..
Bukan nak menuduh,tapi kebiasaanya perkara mcm ni selalu sgt terjadi di kalangan mereka yang berniaga..

Di rumah saya sendiri, jiran saya terpaksa tutup kedai sebab abg kandung sendiri dah tanam sesuatu yang tak elok utk tutup periuk nasi adik dia sendiri..
Padahal si abg dah ada kedai runcit, dan betul-betul sebelah kedai si adik..

Saya jugak byk dpt email-email beritahu tentang kedai-kedai yang pki pelaris semata-mata nak tarik pelanggan..siap bagi nama restoran lagi..
Yang letak pad wanita, yang letak spender perempuan, yang letak bra..
Kalau saya sebut, mesti ramai yang tak makan satay dah lepas ni..
Tapi ntah betul ntah tidak cerita tu saya pun tak tahu..

Tak boleh ke berniaga secara halal..
Nak bagi orang makan benda-benda mcm tu..
Itu kan jadi darah daging..
Tak takut ke tanggung dosa nanti..

Maaf cakap, tapi tradisi ini mmg berlaku dalam masyarakat Melayu kita..
Lepas ni kalau nak jual goreng pisang ke, nak jual nasi lemak kukus ayam dara ke..
Kena letak signboard "Tolong Jangan Sihir Kedai Kami" kot..

Janganlah buat mcm tu..tak baik.
Bukan ke sama-sama cari rezeki?

cuba bayangkan tengah-tengah sedap makan jumpa benda ni.. eeeeeee


Tuesday, May 4, 2010

Tag from TK

Adakah anda mempunyai lesen memandu? (Do you have a driving licence?)
Yup.. mula-mula saya agak penakut sikit..tapi lepas sebulan dua i'm driving like hell!

Bilakah anda mengambil lesen memandu? (When did you get your driving licence?)
2005 right after my graduation year.

Berapa lamakah pengalaman memandu anda? ( years of experience in driving?)
Sejak dari 2005 sampai lah sekarang..alhamdulilah saya belum pernah accident lagi. Mintak dijauhkan.

Pengalaman pahit ketika memandu?( any bad experience?? )
Pernah kena kejar dengan mamat naik kereta Honda hitam.. dia hon saya sepanjang jalan sampai betul-betul depan Muzium Negara.. i was totally terrified, tapi disebabkan perasaan nak tau kenapa,tayar pancit ke, saya langgar kereta dia ke, saya beranikan diri untuk berhenti kat tepi jalan..
Then, dia parked betul-betul depan kereta saya..saya turunkan sikit tingkap cermin, tanya dia kenapa..
Dia jawab, dia nak berkenalan dengan saya.. orang gila!

Pengalaman manis? ( Any good/memorable experience??)
Bila traffic tak jammed langsung.

3 tabiat ketika memandu? (3 habits while driving )
- Suka makan & minum sambil driving.
- Kalau dengar radio mesti senyum sorang-sorang.
- Suka menari tak pasal-pasal kalau dengar lagu best.

3 pantang time i memandu bila? (3 things you dislike )
-ikut belakang kereta yang alahai mcm tgh  bercinta je dlm tu!
-ikut belakang lori atau bas.
-paling saya tak suka, ikut belakang trak askar..eeee tak suka!

Sunday, May 2, 2010

dunia atau manusia?

Semakin hari semakin byk cerita yang saya tengok, saya lihat & saya dengar..
Membuatkan saya semakin takut untuk keluar rumah, tapi keluar jugak..
Membuatkan saya semakin takut untuk tido malam, tapi tido jugak..

Semalam, satu banner besar tergantung di kawasan taman perumahan saya..
Banner yang berbunyi "Kejadian Pecah Rumah Semakin Berleluasa"..

Baru seminggu lepas, jiran saya yang sedang menyapu sampah di hadapan rumah..
Disamun oleh lima lelaki yang kononnya naik BMW..
Makcik tu tak sempat nak tutup gate, dah kena terjah dengan 5 jahanam ni..
Itulah makcik, sapa suruh sapu sampah pakai rantai dgn gelang emas tu.. kan dah..
Mummy cakap, kejadian berlaku pada pukul 8.30 pagi ye..ye pagi masa orang tgh sibuk pergi kerja!

Saya risau..mummy selalu keluar depan rumah sapu sampah..
Mummy selalu keluar depan rumah buang sampah..
Mummy selalu keluar depan rumah jirus bunga..
Saya pesan pada mummy jangan keluar-keluar..
Tapi kalau tak keluar mcamane??

Yang masuk time malam-malam buta time orang tengah sedap tido lain pulak cerita..
Habis tu bila masa  yang selamatnya??
Duduk dalam rumah sendiri pun rasa tak selamat..
Dekat luar sana apatah lagi..

Kenapa dengan dunia sekarang ni?
Kes buang anak, kes H1N1, kes kena ragut, kes kena rogol..
Lepas ni apa pulak lagi??

Kenapa dunia semakin kejam ye?
Dunia? ke Manusia?


Saya rasa setiap rumah sekarang ni sekurang-kurangnya perlu ada Katana.


Wednesday, February 10, 2010

i speak when i need to speak

"Perempuan bila bercakap, cakap dari hati"..

tapi...

"Lelaki bila bercakap, cakap dari mulut.. tapi hati?"..


Sebab itu, kalau sebelum kawin lain..tapi bila lepas kawin lain..jangan cepat melenting..
Itu semua pasti akan berlaku..tak banyak sikit mesti ada..
Kalau bukan sekarang, 3 tahun, 5 tahun, 10 tahun..
Kena pandai handle diri dan emosi..
Jadi, berdoa sajelah. :)


* ini bukan saya cakap.. saya hanya angguk dan setuju.