Monday, June 7, 2010

Backpackers Getaway Part II

Hye all..
Sorry for the late update..
My day was very busy..
Balik dari holiday terus sambung berkursus di Port Dickson pulak..
And  i felt sooo tired..
And semalam as i entered to the office keadaan agak kelam kabut sedikit..
Monday is always a busy day..
Harini baru rasa boleh bernafas sikit..

Jom sambung cerita sebelum saya terlupa nak cerita apa.. heheh

Day 3

Seawal jam 7 pagi kami dah ready bercantik-cantikkan diri..
Sebelum naik bot, kami kena register di Anjung dulu..
Then, terus alas perut di jeti..
Tak perlu risau tentang kat mana nak cari sarapan sebab kat jeti tu banyak gerai-gerai yang pagi lagi dah bukak..
Kedai souvenir pun pagi lagi dah bukak..
Dalam lebih kurang 9.30 pagi, kami bertolak ke Pulau Perhentian Besar..
Satu yang bagusnya bila booked dengan Anjung, pergerakan akan jadi lebih mudah..
Kami naik private boat sendiri, dpt snorkeling mask sendiri, semuanya sendiri..tak perlu nak berebut-rebut dengan orang lain..
Masa naik bot, cuma saya dan husband je dlm tu.. so terasa sgt privacy :)
Tapi ombak agak kuat, so agak menakutkan sikit bila bot tu terlambung-lambung..
Sape mabuk laut kena beware ye..sediakan panadol awal-awal.

Perjalanan ke pulau ambil masa lebih kurang 40 minit..
Dari dalam bot saya dah nampak air laut yang cantikkk membiru..
Hati dah tak sabar-sabar nak mandi..
Sampai je hotel, saya rasa saya dah buat pilihan yang sgt tepat..
Kami stay di Coral View Island Resort ..
Resort yang sgt-sgt cantik..
Coral View Resort terletak di sebelah Perhentian Island Resort..
Sampai je kami terus dibawak ke lobby and dpt complimentary welcoming drink..
Bilik kami jauh sikit dari laut..
Tapi betul-betul kat tengah hutan..
Suasana yang saya sgt-sgt suka dari dulu lagi..
Agak berbeza dari Andaman yang kami stayed dulu..
Sebab Andaman walaupun dlm hutan tapi tak terasa sgt kehutanan dia..
Tapi, berlainan dengan keadaan di sini..dengan bunyik unggas, monyet, burung.. mmg seronok..
Bagi yang nak betul-betul budget, saya tak berapa sarankan stay di sini..
Ada banyak lagi budget chalet lain..kena rajin-rajin survey ye..


antara chalet di Coral View

the chalet

mini mart

bagi yang nak surfing or update blog bolehlah lepak sini :)

water taxi

the view from the restaurant



Baru 10 minit check in husband dah menggedik ajak mandi laut..
Dia pulak yang lebih..
Kalau stay di Coral View ni, tak payah susah-susah cari port snorkeling..
Sebab laut di depan hotel kami mmg dah byk sgt ikan dan coral..
Saya jumpa banyak ikan nemo, ikan yang paling saya suke sebab sebab saya suka cerita Finding Nemo :)
Rasa jakun kejap sebab rasa mcm duduk dlm akuarium..
Kami snorkeling sampai nak muntah saya rasa.



air laut yang sgt jernih dan cantik


try duduk kat tepi-tepi batu sambil rendam kaki dlm air..mesti ikan dtg..

Bila dah penat, kami balik bilik mandi dan rehat-rehat kejap..
Malam tu kami dinner di Coral View..
Foodnya boleh tahan sedap..
Tapi yang buat kami suka makan di situ ialah staff yang sgt friendly..
Ada staff dari Burma, dah jadi geng kami sepanjang kami kat sini :)
Habis dinner kami lepak-lepak kejap di veranda bilik.. malam-malam kat sini rasa sejuk sgt..
Baru pukul 10 mata saya dah mengantuk..maybe sebab penat dgn aktiviti siang tadi..
Saya tidur dengan nyenyaknya..tak sbr nak tg esok pagi :)


 

10 comments:

ratna said...

comelnya chalet dia.. mana gambar tuan blog???

InaAchik said...

fatennnnnnnnnn... kate nk gi redang. gi perhentian upanya... akak nk gi sana gak... tp thn dpnla...
nanti akak nk tanya psl resort ni erk faten...
#part 3 plsssss

cc said...

mak oiii seronoknya cuti!!!
sy sgt suka pantai, jeles bila org dpt cuti kat pantai lawa2 nih...hheheee

chalet tu recommended x? ;)

TK said...

Kesiannya balik coti terus kene kursus! I pnah pegi perhentian tapi the other side of the pulau bukan kat Long Beach. Best tau masa tu pg dgn students so byk aktiviti2. Kwn2 ramai suggest Coral view ni.Next time nak pegi lagilah. I suka Perhentian. Suasana kampung gitu..

Lady of Leisure said...

bestnya faten... lady geram tengok air yg biru tu... jernih betul kan

fatenton said...

kak ratna,
malu nak letak tuan blog dah legam!

fatenton said...

kak iena,
redang next trip..hehehe

fatenton said...

chelsea,
best! hotel tu pun best sgt..nanti u dah kawin honeymoon sini tau :)

fatenton said...

TK,
Coral View memang best.. u should try once.. confirm u repeat lagi nanti..

btw, i suke sebenarnye pegi kursus tak payah masuk ofis :D

fatenton said...

lady,
lagi best dari andaman tau dear..ajak husband dtg sini ye :)